Thursday 21 October 2010

FESTIVAL FESYEN ISLAM(IFF) - Hina Maruah Islam...












Apabila melihat pada tajuknya...festival fesyen islam antarabangsa...apa yang terlintas di ruang fikiran kita?

Suatu keadaan di mana sesuatu yang dinamakan pakaian untuk menutup aurat dipertontonkan kepada umat sekaliannya..apa motifnya, mengajar manusia supaya berpakaian menutup aurat...?????

Tapi, kalau kite perhatikan...itu ke yang dipertontonkan sebenarnya? Gaya yang selari dengan kehendak syari'at atau sekadar kesenangan di mata mereka yang tidak menjadikan ayat-ayat daripada surah an-Nisa' pagangan dalam menghasilkan pakaian yang sebenar menurut Islam????

Rasulullah s.a.w menyampaikan wahyu Allah yang berbunyi "Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah aku sempurnakan nikmatku buat kalian dan aku redha Islam sebagai agama kalian..." (surah al-Maidah:3)

Kini, apabila kita menggunakan kalimah 'Islam', apakah sebenarnya kita mengetahui kandungan sebenar syari'at Islam? Dewasa ini, ramai di kalangan kita yang seolah-olah mempergunakan dan memperdagangkan perkataan 'Islam' walaupun pada hakikatnya ia tidak menepati syari'at Islam itu sendiri. Hal ini dapat kita lihat daripada sejauhmanakah 'Islam'nya festival fesyen yang diagung-agungkan...

Pada fikiran saya, ada baiknya dalam melaksankan sesuatu itu perlu ada garis panduan yang memastikan matlamat sebenar tercapai. Seperti mana yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Syah dalam Manikan Kalbu, tidakkah kita juga perlu melakukan perkara yang sama? Bertanya kepada yang lebih arif dan menjadikannya pegangan? Pepatah ada berkata, "Malu bertanya sesat jalan". Oleh yang demikian, adalah sebaiknya kita mula bertanya sebelum melangkah lebih jauh lagi kerana ditakutkan apabila kita melangkah, tidak tentu ke mana...ke utara, selatan, timur atau ke barat..

Mari kita renungkan...Adakahkah fesyen-fesyen ini menjadikan surah an-Nisa' sebagai garis panduannya?

















Syarat 1: Tudung yang dilabuhkan sehingga menutupi dada.
Syarat 2: Pakaian yang longgar dan tidak menampakkan tubuh badan.
Syarat 3: Menutupi Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua belah tapak tangan.

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:"akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian. Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol)Dalam riwayat Bukhari,hadis ini terdapat tambahan yang berbunyi: Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium sedikit pun bau syurga.Sesungguhnya bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang amat jauh sekali."Apa yang dikatakan berpakaian tetapi telanjang itulah dengan memakai pakaian yang ketat dan menampakkan tubuh badan serta memakai pakaian yang longgar tetapi jarang....

PENGHINAAN KE ATAS NABI S.A.W.
Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Tambahan pula, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.
 
Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu. Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada dan kemaluan salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. "Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Bernama.
Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.


ustazah18.blogspot.com
www.harakahdaily.net 

Read more...

Sunday 17 October 2010

KLCC: Simbol Freemason?

Ini adalah sebahagian dari kajian dan studi yang dilakukan oleh seorang lelaki yg berada Filipina. Selepas anda membaca dan meneliti kajian beliau, mungkin anda akan terfikir, ini mungkin hanya kebetulan semata. Tapi, mungkin juga benar kerana; "sejarah tidak berlalu dengan kebetulan tetapi ia telah telah dirancang untuk dilakukan". Berikut adalah apa yang tertulis di dalam kajian Brother Wan Arief Imran.
---
Mungkin ramai yang tidak percaya teori saya sendiri yang mengatakan bahawa menara kebanggaan kita, menara KLCC adalah salah satu simbol Freemason yang dengan sengaja diletakkan di negara kita supaya kita membangga-banggakan keagungan menara tersebut yang menjadi antara bangunan tertinggi di dunia. Tanpa kita sedari, kita juga telah mengagung-agungkan Freemason dan menjadi pengikut mereka.


Freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama Dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka iaitu "The New World Order". Selain daripada Freemason, banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang mempunyai misi yang sama seperti Illuminati(all-seeing eye), Skull and Bones, Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel, Columbia TriStar, etc..) dan lain-lain lagi. Tujuan mereka menubuhkan berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk mengelirukan dan membutakan mata hati umat manusia seluruh dunia dan menanamkan sifat Dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta mata hati).


Berbalik kepada tajuk, berdasarkan reka bentuk bangunan KLCC, kita dapat lihat secara jelas unsur-unsur Masonic yang digunakan seperti yang terdapat di atas sebuah “Masters’ Carpet” milik Freemason.





dua persamaan pertama

Persamaan ketiga (garisan hijau) menunjukkan satu mata yang kuat memerhati selari dengan matahari dan bulan. Secara logiknya, matahari dan bulan berada dalam kedudukan selari di angkasa. Jadi, mata yang telah memerhati pergerakan kita selama ini juga tergantung jauh di angkasa.


RazakSat, satelit terbaru milik Malaysia adalah objek yang paling menepati ciri-ciri all-seeing eye. Berada selari dengan matahari dan bulan di angkasa, satelit ini juga memerhati tiap gerak-geri kita melalui kamera CCTV, internet dan bermacam lagi teknologi. satelit ini jugalah yang menghantar segala maklumat yang telah kita tulis di internet (Facebook) kepada agensi-agensi perisikan seperti CIA dan FBI bagi memantau segala kegiatan kita dan menyenangkan kerja-kerja mereka menghapuskan mereka yang menentang. Lihat sajalah apa yang sudah terjadi kepada Michael ‘Mikaeel’ Jackson yang dibunuh dengan penuh konspirasi setelah memeluk Islam. Berkemungkinan juga artis-artis lain seperti Britney Spears yang pernah berminat untuk mendekati Islam diugut bunuh kerana impak yang mereka boleh bawa kepada dunia Islam adalah sangat besar dan dapat merosakkan plan yang telah mereka rancang sejak sekian lama.

RazakSat (bentuknya juga seakan-akan mempunyai satu mata)












Lain-lain persamaan yang terdapat antara Menara KLCC dan Freemason.


Pedang yang menghubungkan kedua-dua tiang Jachin dan Boaz bakal menjadi senjata penting ketika perang akhir zaman nanti walaupun zaman kita dibanjiri dengan teknologi-teknologi terhebat yang pernah kita saksikan. Selain itu, kaki yang mendokong jambatan KLCC juga sangat menyerupai logo Freemason! Kedua-duanye mempunyai bentuk yang lebih runcing di bahagian bawah dan dicantum keduanya dengan satu bulatan di tengah.









Inilah bukti-bukti yang sangat besar dan jelas yang menunjukkan negara kita masih dibawah jajahan kafir laknatullah. Kita selama ini telah dibutakan dengan tipu daya syaitan. Sesungguhnya dajjal telah berjaya menanamkan sifatnya dalam diri kita. Dia telah berjaya membutakan mata hati kita. Tanpa mata hati, kita akan sesat walaupun mata penglihatan kekal celik.


Segala keterangan di atas juga telah membuktikan perisiwa 9/11 juga telah lama menjadi rancangan pihak Yahudi dan Amerika. Menara WTC di New York dirobohkan hanya beberapa tahun selepas siapnya menara KLCC. Mungkin ramai tertanya kenapa Malaysia dipilih untuk ditanam unsur-unsur ini bukan negar-negara lain yang lebih maju seperti Jepun. Ini kerana mereka gerun dengan semangat Islam yang sedang membongkar kejahatan si Dajjal laknatullah ini. Mereka sudah menjajah negara-negara timur tengah dengan kakayaan tanpa had dan ini membuktikan mereka sedang mencucuk jarum penjajahan kedalam diri kita yang berada di timur jauh (kepulauan Melayu adalah komuniti islam terbesar di dunia selepas timur tengah) dengan sangat perlahan. Singapura telah berjaya mereka kawal. Brunei juga dikawal dengan wang seperti di timur tengah. Hanya Indonesia dan Malaysia yang sengaja dilaga-lagakan demi kepentingan mereka menghancurkan perpaduan kaum Muslim dan Melayu.


Sekian, jika ada silap dan salah harap ditegur dan dimaafi diri manusia yang tak sempurna ini. Segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. 


oleh: wan arief imran
editor:Mujahid91

Read more...

Wednesday 13 October 2010

Pertanyaan Imam Ghazali Kepada Anak Muridnya

 Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian serta kegagalan mereka dalam menguruskan amanah yang telah diberi kepada mereka.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


Sumber: tinta_mujahid

Read more...

Monday 11 October 2010

Menuju Kampung Akhirat...


Walau sebesar mana sekalipun
Darjatmu di dunia ini
Suatu hari nanti kamu
Tetap akan kembali ke perut bumi

Walau bagaimana kamu bermegah
Melakukan maksiat di muka bumi ini
Kamu tetap akan diazab
Dalam perut bumi

Walau banyak mana pun ketawamu
Di muka bumi ini
Suatu hari nanti
Kamu pasti menangis di perut bumi

Walau bagaimana kamu bermegah
Dengan memakan dan minum minuman haram
Suatu hari nanti tubuhmu,
Akan menjadi makanan ulat
Yg ada dalam perut bumi

Walau sebanyak mana pun harta
Yang kamu kumpulkan di muka bumi ini
Suatu hari akan musnah jua
Hartamu itu
Hinggalah kamu masuk ke perut bumi


Walau banyak mana kamu
Gunakan cahaya di muka bumi ini
Suatu hari nanti kamu
Tetap akan hidup dalam gelap gelita
Di dalam perut bumi

Walau bagaimana kamu berlagak
Dan bertakabur di atas muka bumi ini
Suatu hari nanti kamu tetap akan dihina
Dalam perut bumi

Walau banyak mana sekalipun
Sahabatmu di atas muka bumi ini
Suatu hari nanti kamu tetap keseorangan
Dalam perut bumi


Petikan kata daripada buku 40 hadis..

Read more...

Tuesday 5 October 2010

Please Wake Up!!!

Allah mengingatkan kita supaya sentiasa memohon jalan lurus, menjauhkan dari jalan murka dan sesat. Allah juga mengingatkan kita tentang agenda musuh Islam sepanjang zaman. Mereka tidak akan redha dengan kita selagi kita tidak mangikuti mereka. Firman Allah S.W.T.,"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka..."(al-baqarah:120). Dalam keghairahan ramai yang menonton bolasepak Piala Dunia, mungkin tidak ramai yang sedar tentang kewujudan simbol-simbol musuh Islam pada bola atau iklannya. Demikian juga dalam program AJL 24 yang lepas. Illuminati dan Freemason sebenarnya sentiasa membayangi kita. Ini kerana mereka mempunyai suatu agenda rahsia yg tidak ramai menyedarinya iaitu 'Penguasaan Minda'.... 

1)Konspirasi Dunia: World Cup 2010 dan Olimpik 2012

jahbulon
Jahbulon was a ritual freemasonic god. Jahbulon represents the devil.
World Cup 2010 pujaan dunia bermula 11 Jun lalu. Saya sendiri memiliki pasukan pilihan. Yang penting, dalam keghairahan menonton dan demam bolasepak, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan teman peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat isu-isu ummah turut demam sama kerana bimbang ada agenda ‘turning point’ musuh-musuh Allah khususnya Secret Societies dan The Committee of 300 ketika dunia menumpu pada South Africa.
wcuo
Horus was a popular Egyptian god who was the son of Osiris and Isis. Osiris and Horus were both solar deities. Osiris was the setting sun, Horus the rising sun. The Pharoah was considered to be an incarnation of Horus (also known as “Amen-Ra,” the sun god). The story of Horus can be found in “The Egyptian Book of the Dead (also known as the “Papyrus of Ani”) written over 3,000 years before the birth of Jesus.


zionlogo2
2012 = 2102 = ZION = ZION + IS + REAL = ZIONIS ISRAEL. Serangan ke atas Freedom Flotilla adalah ‘presented’ plan proksi Dajjal utk memerintah dunia, berpindah dr AS ke Israel sebagaimana pandangan Shekh Imron Hussein. Konspirasi Allah akan musnahkan konspirasi Yahudi.
slideuiam
The Global Voice of the Jewish Community desak Amerika putuskan hubungan dengan Anwar kerana isu APCO. Ini bererti, DSAI perlu ‘bersedia’ dengan risiko nyawa kerana mata-mata Mossad sedang memburu.

2)Disebalik Anugerah Juara Lagu 24 dan Isu Masonic


Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.
Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.
1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini.
disebalik ajl 24 1
disebalik ajl 24 2
disebalik ajl 24 3
Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?
pic  17
pic  18
Adakah ini satu kebetulan?
2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?
pic  16
pic  15
pic  14
Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..
3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.

Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
pic  13
pic  12
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.
Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
pic  11
pic  10
Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.
pic 9
pic 5
Ketika persembahan Jeffry Din kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain.
pic 4
Apa persamaannya?
pic 3
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.
Lihat di tangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.
pic 2
pic 1
Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.

Read more...

Saturday 2 October 2010

Hidupkan Hati Dengan Nur Al-Quran...

Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.

Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.

Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.

Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan.

Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.

Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:

"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:

"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" - Surah Taha, ayat 1-4

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud:

"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." - Surah al-Isra’, ayat 78

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

Read more...

Most Read Posts

Followers

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!