Friday 29 April 2011

Apa kata anda?

Bismillah..Alhamdulillah.

Hari ini, masalah islamofobia dalam kalangan masyarakat Barat terutama di Eropah semakin menjadi-jadi. Salah satu kesannya ialah seperti  yang berlaku di beberapa negara Eropah kini antaranya Perancis. Di Perancis, pengharaman hijab telah dilaksanakan dan ia mendapat bantahan keras daripada umat Islam. Sebagai contoh, pembunuhan kejam ke atas seorang Muslimah warga Jerman iaitu Dr. Marwa ....Inilah kesan masalah islamofobia yang menyebabkan umat Islam hari ini trauma dengan sikap sesetengah masyarakat Barat hari ini. Mereka seolah-olah mengatakan bahawa seluruh umat Islam di dunia ini adalah “terrorist” (pengganas). Jika anda dituduh seorang terrorist, apa jawapan anda?


Anda mungkin mempunyai jawapan sendiri untuk menangkis tuduhan tersebut. Tetapi anda juga boleh  mengatakan “Betul..setiap umat islam mestilah menjadi seorang terrorist.” Terrorist secara definisinya ialah, “someone who causes terror”, yang bermaksud “seseorang yang menyebabkan berlakunya ketakutan”.

Sebagai contoh, apabila seorang pencuri melihat polis, dia akan berasa takut. Justeru bagi pencuri itu, polis tersebut adalah seorang terrorist (seseorang yang menyebabkan ketakutan). Maka, dalam konteks ini,setiap kali seorang pencuri atau perogol atau mana-mana individu yang melakukan kejahatan dan maksiat melihat seorang Muslim, dia akan berasa takut.Ya, kita sepatutnya memasukkan rasa takut (khauf) kepada orang yang melakukan kejahatan.

Inilah yang disebut Allah SWT dalam surah Anfal ayat 60 yang bermaksud, Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu...


Namun, pada hari ini perkataan terrorist kebiasaannya dirujuk kepada orang yang melakukan keganasan terhadap orang awam yang tidak bersalah. Akan tetapi dalam konteks ini, tidak ada seorang Muslim pun yang boleh menjadi terrorist terhadap orang lain. Mereka seharusnya menjadi terrorist terhadap orang yang melakukan kekacauan dalam masyarakat sahaja seperti pencuri, pembunuh, perogol dan sebagainya. Justeru itu, barulah keamanan tersebar luas di muka bumi ini. Wallahua’lam..


Dr Zakir Naik (Media dan Islam-2005)
~editor: mujahid91~

Read more...

Monday 25 April 2011

Peringatan Bumi Kepada Manusia..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang.

Sedarkah kita bahawa tanpa kita sedari, bumi sebenarnya sentiasa berkata-kata dengan manusia ketika masih ramai lagi manusia yang sedang lalai dan leka. Ia adalah peringatan buat diri kita yang sering alpa dengan keindahan dan kemewahan dunia yang sementara ini.

Berkata Anas Bin Malik r. a.;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara :

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

~Mujahid91~
Read more...

Friday 15 April 2011

Boikot Israel Demi Palestina!!


Apabila kita membeli barang2 keperluan harian, pernahkah kita terfikir akan nasib saudara-saudara kita di Palestin? Adakah mereka dapat menikmati kesenangan seperti kita hari ini? Adakah mereka mendapat makanan yang cukup untuk membuatkan mereka terus hidup di dalam cengkaman Yahudi Zionis Laknatullah? Mungkin hanya sesetengah daripada kita sahaja yang berfikir tentang perkara ini..manakala yang lain pula hanya memikirkan kesenangan untuk diri sendiri sahaja.


Ketika ini di Palestin, saudara-saudara kita tak kira muda mahupun tua, wanita mahupun kanak-kanak, sedang berjuang habis-habisan untuk mempertahankan bumi Al-aqsa yang tercinta. Mereka sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan tanah suci umat Islam itu daripada dirampas oleh rejim Zionis. Keluhan dan tangisan saudara-saudara kita sentiasa berterusan meratapi kesengsaraan mereka di samping kehilangan keluarga dan sahabat2 yang tersayang akibat kerakusan Zionis Laknatullah.
 

Akan tetapi, saudara-saudara mereka yang berada jauh di mata mereka  tidak mempedulikan nasib mereka bahkan menyokong dan menghulurkan bantuan kepada Yahudi Zionis untuk membunuh mereka disana. Apa maksudnya? Kebanyakan dari kita hari ini sedang bersuka ria sambil berhibur dengan hiburan-hiburan yang ditaja Zionis Laknatullah tanpa kita sedari. Kita juga mengisi keperluan hidup kita dengan makanan, pakaian serta produk-produk Yahudi di mana wang yang kita belanjakan itu (secara langsung dan tidak langsung) disalurkan kepada Zionis untuk membeli sebutir peluru dan senjata yang digunakan bagi merentap nyawa saudara-saudara kita di Palestin.
 

Subhanallah..adakah kita salah seorang penyumbang kepada kekejaman Zionis? Jika tidak, Alhamdulillah. Tetapi jika 'YA', HENTIkanlah segera wahai saudaraku. Ingatlah, saudara-saudara kita di Palestin itu akan mendakwa kita di akhirat kelak atas apa yang telah kita lakukan kepada mereka.    

 

Pandangan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi tentang boikot Palestin:

 

Hari ini kita melihat saudara dan anak-anak kita di Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan jiwa mereka di jalan ALlah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa jua kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).
Sekiranya seseorang meminta bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera bantuan kepada mereka adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap barangan musuh. Setiap riyal, dirham… dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka bererti menyokong tirani, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka semampu kita. Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh. Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.
Barangan Amerika, sepertimana barangan “Israel” adalah haram. Adalah haram untuk mengiklankan barangan mereka. Hari ini, Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu sepenuhnya entiti Zionis. Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika. Semua pemusnahan yang dilakukan “Israel” adalah dengan menggunakan duit Amerika, senjata Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun melakukan semua ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan dan kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam.
Kini tibalah masanya untuk umat Islam mengatakan “TIDAK” kepada Amerka, “TIDAK” kepada syarikat-syarikatnya, dan “TIDAK” kepada barangannya yang membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja hasil produk Amerika.


Kita semua mesti bersatu menentang penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada Sharia’ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Allah swt berfirman: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur’an, 21:92).

‘Ali ra. pernah berkata: “Kamu ada tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan kamu”. Amerika hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita; mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk Israel. Umat Islam seluruh dunia yang mencecah 1.3 bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama kita, dan merupakan jalan ALlah. Setiap orang Islam yang membeli barangan “Israel” atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari negara lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa secara jelas, merupakan satu jenayah kepada undang-undang ALlah, yang akan mengundang hukuman ALlah dan kebencian manusia.
Saudara-saudara kita di ”Israel” dan Amerika terpaksa berurusan dengan mereka dan membeli produk mereka. Allah tidak meminta sesuatu di luar kemampuan; hanya apa yang kita mampu.

Allah berfirman: “Maka bertaqwalah kamu kepada ALlah menurut kesanggupanmu” (Qur’an, 64:16).
RasuluLlah saw. pernah bersabda: “Sekiranya aku mengarahkan sesuatu, buatlah sebanyak yang kamu mampu.” Muslim di Amerika harus bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling kurang permusuhan kepada Islam, paling kurang bersekutu dengan Zionis. Boikot syarikat-syarikat Zionist sebanyak yang mungkin.
Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara “Israel.” Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. Kebelakangan ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari penjajahan. Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan. Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaALlah. Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan merosakkan kita. 

Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh kita. Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya’, dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu.” Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar.
Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.
Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.
Allah berfirman: “Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan ALlah bersama kamu.” [Qur'an, 47:35].
Saya menyeru semua yang beriman kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan ALlah, mempertahankan tempat yang suci.
Saya juga memohon pekerja-pekerja Arab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak, bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.

“Katakan ‘bekerjalah,’ sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah kerjakan.”
“Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma’ umat Islam.” WaLlahu ‘alam.

[KLIK] Untuk mengetahui pandangan Ustaz Zaharudin Abd Rahman tentang boikot Israel 

~Oleh Mujahid91~ 

Read more...

Monday 11 April 2011

Perkara yang mematikan Hati..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

        Ketika Ibrahim bin Ad'ham, seorang ahli tasawuf berada di sebuah pasar
di Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai, lalu di antara mereka ada
yang bertanya: "Ya Aba Ishak(Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham)! Mengapakah
kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?"
Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan
sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu
   tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan
   syukurnya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak
   menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   lari daripadanya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   bersedia baginya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu
   lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu mengubur mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak  
    ambil pelajaran dari mereka.

Renung-renungkan...

~Editor: Mujahid91~ 
Read more...

Sunday 3 April 2011

Halal atau Haram? [2]

Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah SWT:

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu."

(Al-Baqarah:168)

Seharusnya kita perlu mengambil sikap berhati-hati dalam setiap perkara lebih-lebih lagi berkaitan dengan keperluan hidup kita. Ini kerana setiap perkara yang kita makan, pakai atau gunakan berhubungkait dengan amal ibadah seharian kita. Justeru, jika makanan atau pakaian kita dari sumber yang haram, bagaimana amal ibadah kita hendak diterima Allah?

Berdasarkan maksud sebahagian hadis dari Abu Hurairah berbunyi :

"..Kemudian ia menyambutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, yang kusut masai rambutnya, lagi berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Hai Tuhanku, hai Tuhanku, pada hal makanannya haram, minumnya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram pula, maka bagaimanakah mungkin itu diperkenankan baginya?"
 
(Hadis riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain pula Rasulullah SAW bersabda: 

"Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari."

(Riwayat Thabrani)

Sedarkah kita bahawa setiap daging yang tumbuh pada badan dan membesar ke atas orang yang makan dan minum hasil daripada sumber yang haram hanya layak untuk dibakar oleh api neraka? Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :

"Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya".

(Hadis riwayat Al-Tarmizi)

KESAN KEPADA TINGKAHLAKU DAN AKAL

Selain itu, jika kita makan atau minum dari sumber yang haram maka, ia akan memberi kesan kepada tingkahlaku. Lihat saja masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja islam hari ini, pernahkah kita terfikir bahawa salah satu puncanya mungkin kerana sesetengah masyarakat hari ini tidak menitik beratkan soal halal dan haram dalam kehidupan seharian mereka?
 
 
Sebenarnya makanan mempunyai pengaruh besar kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman serba moden ini, kita sering dilalaikan dengan memilih makanan bertujuan pertumbuhan jasmani saja, tetapi lupa mencari makanan seimbang untuk pembentukan lahiriah dan rohaniah. 

Bagaimana hubungan rohani dengan makanan dan juga kesihatan? Menurut Hunayn Ibn Ishaq, roh atau jiwa boleh dibahagikan kepada tiga iaitu hati yang berhubung dengan keperluan hidup seperti jantung dan otak manusia. Oleh itu, ketiga-tiga unsur penting ini memerlukan kesejahteraan tubuh badan untuk memeliharanya.

Di sini jelas menunjukkan kepentingan makanan dan minuman (yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan hati, jantung dan otak) dalam proses pembangunan jasmani dan rohani berlandaskan syariat Islam.

Pakar sains dan perubatan tidak menafikan pentingnya peranan hati dalam fungsi badan. Bahkan, Islam juga memandang hati mempunyai peranan besar di mana ia mem-pengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi dan akal seseorang.

 Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang maksudnya:


"Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati". 

(Hadis riwayat Bukhari)

Natijahnya, Islam cukup menitikberatkan soal halal dan haram dalam segala aspek kehidupan seorang Muslim. Justeru, menjadi kewajipan bagi kita untuk mengambil berat tentang halal dan haram ini.  Sabda Rasulullah SAW,
“Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.”   (Riwayat ad-Dailami)
~Tinta Mujahid 91~

Read more...

Most Read Posts

Followers

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!