Wednesday 22 February 2012

Sayyid Qutb: Dipenjara kerana berjuang..

Nama penuh beliau ialah Sayyid Qutb Ibrahim As-Syazili. Di lahirkan pada 9 Oktober 1906M bersamaan 21Rejab 1324H di Asyut iaitu antara desa bandar terbesar di Mesir. Beliau telah menghafaz al-Quran dan menamatkan hafazan 30 juzuk pada usia 10 tahun.
Bapanya Qutb Ibrahim seorang pencinta al-Quran dan sangat tegas dalam urusan mendidik anak-anaknya dengan sahsiah Islam. Beliau juga memberi perhatian langsung terhadap pembelajaran anak-anaknya terutama Sayyid Qutb. Sayyid Qutb bukan sahaja mempunyai seorang ayah yang cakna terhadap agama bahkan memiliki seorang ibu yang juga sangat mencintai al-Quran dan membudaya-kannya dalam kehidupan.
Sayyid Qutb merupakan seorang yang genius serta memiliki bakat dan kecenderungan besar dalam bidang sastera dan penulisan. Karyanya dalam pelbagai genre seperti puisi, sajak, cerita telah diterbitkan dalam pelbagai penerbitan malah sebelum menggabungkan diri beliau dengan Ikhwanul Muslimin, beliau lebih dikenali dalam masyarakat Mesir sebagai seorang sasterawan. Beliau disifatkan oleh kebanyakan penggiat seni tanah air Mesir sebagai seorang penulis, sasterawan dan pemikir Islam yang ulung ketika itu.


MEMULAKAN KERJAYA DALAM BIDANG PENULISAN


Setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana di Fakulti Darul Uloom, Universiti Kaherah pada 1933,Sayyid Qutb ditawarkan menjadi pensyarah disitu dengan bayaran gaji sebanyak enam pound Mesir (RM 6) sebulan.  
 Pada awal 40-an, beliau ditugaskan menjadi pemantau dalam pembelajaran subjek ‘kesusasteraan Arab’ di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran, di situlah timbul minat mendalam untuk beliau menulis mengenai subjek dan berjaya menghasilkan sebuah buku yang bertajuk ‘Kutb wa as-Syahsiyyat’ (buku-buku dan tokoh ternama). Kemudian beliau menghasilkan pula buku ‘at-Taswir al-Fanni fi al-Quran’ dan kitab tafsir yang terkenal sehingga ke hari ini iaitu ‘Tasfir fi zillalil-Quran’.



PENGLIBATAN DALAM IKHWANUL MUSLIMIN

Kecenderungan kepada Ikhwanul Muslimin mula berputik sewaktu beliau sedang menyambung pelajaran di Amerika. Semasa kematian Imam Hasan Al-Banna, rakyat Amerika menyambutnya secara besar-besaran. Beliau berasa hairan bagaimana kematian Imam Hasan di Mesir tetapi di sambut besar-besaran di Amerika. Di situlah beliau mula menyelami serta mendekatkan diri dengan perjuangan Imam Hasan dan gerakan dakwahnya Ikhwanul Muslimin.
Sejak itu, Sayyid Qutb semakin memahami bahawa Ikhwan Muslimin merupakan gerakan dakwah yang bukan sahaja mampu membetulkan fikrah pemerintah dan rakyat malah mampu membentuk peribadi mulia dalam kalangan umat Islam dengan jiwa yang tunduk kepada perintah Allah SWT.
Setelah pulang dari Amerika, cintanya terhadap perjuangan Islam yang dibawa Ikhwan Muslimin semakin menebal. Beliau tidak menyedari bahawa perjuangan itu sebenarnya telah bermula sejak di universiti lagi. Hal ini terjadi pada 1952 ketika Mesir berhadapan dengan satu revolusi yang dicetuskan oleh Ikhwan Muslimin tetapi ia tidak berjaya.
Sayyid Qutb sebagai seorang anggota Ikhwan, telah menulis beberapa buku berkaitan dengan Islam selepas berakhir perang Dunia ke-2. Antaranya buku yang ditulis beliau mengenai  ‘Keadilan sosial dalam Islam’ dan telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat sehingga diulang cetak beberapa kali.


DIPENJARA DAN DIGANTUNG SAMPAI MATI


Pada tahun 1954, pihak berkuasa mengeluarkan arahan untuk melakukan tangkapan besar-besaran tehadap anggota Ikhwan Muslimin. Salah seorang daripadanya ialah Sayyid Qutb dan beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Namun pada tahun 1964, Sayyid Qutb dibebaskan atas permintaan mantan Presiden Iraq ketika itu, Jeneral Abdel Salam Aref.
Selepas lapan bulan di luar penjara, beliau dan tujuh anggota Ikhwan yang lain telah djiatuhkan hukuman gantung sampai mati  di sebuah tempat yang tidak diketahui sesiapa kerana dituduh menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan Presiden Jamal Abdel Naseer.
Sebelum menjalani hukuman, Sayyid Qutb ada menyebut, bahawa beliau bermimpi bertemu Rasulullah SAW pada malam sebelum digantung itu. Beliau bermimpi Rasulullah SAW bersalam dengannya dan mengatakan bahawa beliau telah mendapat kematian sebagai syahid dijalan Allah. 
Inilah satu qudwah terbaik yang telah ditinggalkan kepada para pendukung  gerakan Islam dari sudut kekentalan dalam berdakwah disamping meninggalkan karya-karya yang agung dalam bidang sastera. Semoga Allah SWT merahmati beliau..ameen.


~mujahid91~

No comments:

Most Read Posts

Followers

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!