Tuesday 25 May 2010

Sejarah Bangsa Yahudi

KISAH mengenai Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka.

"Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah:47)

Dalam kamus Inggeris orang Yahudi atau Israel dikenali sebagai Jew, dari istilah Perancis giu. Jew asalnya istilah Hebrew, merujuk kepada orang Yahudi, etnik dari Israel atau Hebrew (ahli kaum Semit Arab dan Yahudi). Bahasa Latin ringkasya bermaksud Judaean, dari perkataan Judah, iaitu nama kerajaan Judah dan satu suku kaum Israel. Jerman memanggilnya Jude, Juif (Perancis), Jode (Denmark) dan Judio (Sepanyol). Mengikut sejarah, Yahudi yang difahami merujuk dari zaman dahulu kala, malah mengikut adat mengembalikan kepada zaman millennium kedua Sebelum Masihi, dari Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Yaakub a.s. Nabi Yaakub, putera kepada Nabi Ishak, yang dilahirkan di Kan'an (bahasa Hebrew, nama lama bagi Palestin), dinasabkan dengan keturunan Bani Israel dan baginda dinamakan juga Israel. Isra' membawa erti hamba, kesucian, manusia, manakala 'el' bererti Allah. Perkataan Israel merujuk kepada hamba kesucian Allah.


"Segala jenis makanan dulu halal bagi Bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israel (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat..." (Ali Imran: 93)

Begitupun, dalam pemahaman moden, Yahudi merujuk kepada tiga kumpulan; orang yang dilahirkan dalam keluarga Yahudi sama ada mengikuti atau tidak agama itu; mereka yang mempunyai keturunan; dan tiada keturunan Yahudi tetapi memeluk agama itu. Fakta penyelidikan seorang sarjana Yahudi, Arthur Koestler, menunjukkan lebih daripada 80 peratus Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan bumi Palestin. Majoriti Yahudi sekarang berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno, di utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang asalnya mengamalkan kepercayaan Shamanisme. Cuma sekitar abad kesembilan menjadikan Judai (Yahudi) sebagai agama. Kemudian Khazar dianggap sebagai satu daripada empayar kegemilangan Yahudi manakala penduduk Khazar dipercayai menjadi antara moyang bangsa Yahudi moden ketika ini. Pendeta Benedictine, Christian dari Stavelot dalam bukunya yang ditulis pada abad kesembilan, "Expositio in Matthaeum Evangelistam' merujuk Khazar sebagai bangsa nomad yang berasal daripada keturunan Yakjuj dan Makjuj.


Seorang pengembara Arab, Ibnu Fadlan dalam catatan perjalanannya ketika mengadakan misi diplomatik untuk menghadap orang suruhan Raja Khazar menyatakan beliau percaya Yakjuj dan Makjuj adalah moyang kepada Khazar. Berbanding bangsa Palestin, dikenali juga sebagai bangsa Kan'an yang diperakui mendiami tanah itu dari awal sejak sekian lama sebelum orang Israel mendatangi lokasi terbabit. Orang Yahudi moden berusaha menubuhkan Tanah Israel (Land of Israel), khususnya mereka berhaluan utama untuk dikongsi semua golongan terbabit. Istilah Tanah Israel bukannya negara Israel, iaitu sebuah negara geopolitik moden yang lebih kecil, tetapi ia dikatakan wilayah menurut Injil Hebrew dijanjikan Tuhan kepada pengikut Ibrahim melalui puteranya Isa dan orang Israel, pengikut Yaakub. Negara moden Israel hari ini terbentuk pada 14 Mei 1948. Peringkat awal pembentukannya menyaksikan perpindahan besar-besaran, termasuk saki baki Holocaust (pemusnahan oleh Nazi Jerman, 1941-1945 membabitkan korban enam juta Yahudi). Kerajaan Israel dikenali juga sebagai rejim Zionis, iaitu pergerakan politik antarabangsa yang menyokong tanah air orang Yahudi di Land of Israel. Pergerakan rasminya diasaskan seorang wartawan Austria, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19. Menurut Agensi Yahudi, pada 2007 ada 13.2 juta Yahudi seluruh dunia, dengan 5.3 juta tinggal di Israel, 5.3 juta di Amerika Syarikat dan bakinya bertaburan di pelbagai negara, mewakili 0.2 peratus populasi semasa dunia. Yahudi terkenal sebagai suatu bangsa yang mengingkari perintah Tuhan, golongan yang melampau dalam banyak aspek, keras kepala dan taksub.


Teks al-Quran dan lipatan sejarah membuktikan kenyataan itu. Sebagai contoh, ketika pemergian Nabi Musa a.s selama 40 hari ke Thur Sina, sesetengah mereka menyembah patung anak lembu. Walaupun dinasihati, mereka tidak mempedulikannya. Kehidupan orang Yahudi terbahagi kepada beberapa zaman, dengan yang pertama berakhir apabila rumah ibadat pertama dimusnahkan orang Babylon. Rumah ibadat itu dibangunkan Nabi Sulaiman. Mereka ditakluki pelbagai kuasa besar, seperti orang Assyrians (dari bahagian atas Sungai Tigris di Iraq), Babylon, Parsi, Empayar Roman dan Islam. Cuma di bawah kekuasaan Islam mereka dilayan dengan adil. Di wilayah Iberia misalnya, pemerintahan Muslim memberi kebebasan kepada Yahudi memajukan diri dalam matematik, astronomi, falsafah, kimia dan filologi, sehingga zaman itu sering dirujuk sebagai zaman emas Yahudi. Pada masa awal Islam, Leon Poliakov menulis, orang Yahudi mendapat banyak keistimewaan dan masyarakat mereka bertambah maju. Dalam tempoh penaklukan pelbagai kuasa besar, mereka acap kali diusir, malah dijual dalam pengabdian pada masa Empayar Roman.

Pada kurun kedua Maharaja Roman Hadrian membina semula Jerusalem yang hancur sebagai kota orang jahiliah dan dijadikan tempat upacara agama orang Yahudi. Marah dengan penghinaan itu, mereka memberontak. Hadrian bertindak balas, memadamkan pemberontakan dengan membunuh lebih setengah juta Yahudi. Kemudian pada zaman Roman Legions, orang Yahudi tidak dibenarkan memasuki kota Jerusalem (dikenali Muslim sebagai al-Quds atau Baitulmaqdis) dan kebanyakan ibadat mereka dilarang. Pada tahun 212, semua orang Yahudi dijadikan rakyat Roman. Pada akhir kurun empayar Rom, orang Yahudi dan Kristian mengamalkan tolak ansur, tetapi arah tuju yang bertentangan. Orang Yahudi pernah bersekutu dengan orang Parsi yang menceroboh Palestin pada 614, tetapi apabila perintah Kristian diasaskan semula akhirnya mereka disembelih dan dilupuskan dari Jerusalem. Ternyata mereka tidak pernah belajar daripada penaklukan, penghinaan dan pemusnahan dialami sepanjang sejarah, akibat suka membuat onar dan bersengketa. Hari ini mereka bersengketa pula dengan orang Islam, terutama rakyat Palestin.

Read more...

Sunday 23 May 2010

Kisah Palestin, Kisah Ummah...

Kisah Palestin...kisah sedih...kisah duka...kisah sengsara...kisah yang hanya Allah sahaja tahu kesudahannya. Kini, dunia bulat ini diam, diam sepi tentang segala jenayah kemanusian hidup ke atas mereka yang bermati-matian mempertahankan sebidang tanah kecil yang mereka panggil sebagai rumah. Rejim Zionis durjana terus menerus menumpahkan darah umat Islam. Di mana undang-undang antarabangsa? Di mana Hak Asasi Manusia yang diperjuangkan manusia? Di mana umat Islam? Mereka sendiri diam, berpeluk tubuh, takut akan ancaman kafir laknatullah. Kesenyapan dunia itu, pencetus perbuatan binatang ini terus menerus merobek setiap jasad-jasad halus mereka.

Aku kecewa...tawar hati akan
kaum Arab dan kaum muslimin masakini. Kita, sekarang mudah dihina, dipijak, walaupun bilangan kita ramai namun, kita sangat lemah. Umat Islam hari ini bagai semut-semut hitam yang dipijak-pijak mereka, gembira..mereka gembira. Mulut kita hanya tahu berbunyi, tetapi kosong dalam strategi. Sementara minda kita terus dalam buaian, mereka terus membuat perancangan. Sementara komuniti kita terus berkelahi, mereka terus terorganisasi. Sementara kita bercakaran sesama sendiri,mereka terus bersatu hati. Kesal...aku kesal akan kondisi umat masakini.

Kisah palestin...setengah abad berlalu sejak tertubuhnya negara Zionis. Kejayaan demi kejayaan digapai mereka setelah termeterainya perjanjian antara
Jeneral British, Balfour dengan golongan Yahudi Inggeris. Tanah merah itu menjadi saksi kekejaman Yahudi sejak itu. Zionis yang hanya 'beberapa kerat' itu telah mampu marampas Al-Quds dari tangan kita. Mengapa?

Al-Quds, tanah bagi para anbia', tanah di mana kiblat pertama umat Islam berada, tanah terjadinya Israq Mi'raj. Mengapa tanah suci ini hilang dari tangan kita? Di mana semangat juang kita? Aku kira, umat Islam kini pekak, benar kata sahabatku,

"kita makin pekak, bukan pekak ditelinga, tetapi pekak di hati"
Berapa ramai yang perlu dikorbankan agar kita dapat mendengar semula? Mungkin, baru semua umat Islam sudah licin disapu mereka, baru dunia hendak sedar? Adakah begitu yang harus dilakukan? Gusar...hidup kita kini diambang kemusnahan. Palestin menjadi penanda aras sejauh manakah kesungguhan kita terhadap Islam. Setiap hari, kita menatap sendiri kisah sedih rakyat Palestin. Di mana belas kasihan kita sebagai manusia? Kisah Palestin...saya punya pandangan sendiri. Ribuan, malahan jutaan dibunuh setahun, rumah yang dianggap syurga dilanggar kuat jentolak-jentolak yahudi, anak-anak hilang kasih ayah ibu, isteri-isteri menjadi balu, hujan-hujan peluru membasahi tanah merah itu. Saudara- seagama kita di sana menagih kasih dari kita di sini, namun apa yang kita balas? Alhamdulillah, masih segelintir yang sedar. Pertubuhan seperti Aman Palestin, sebagai contohnya adalah badan yang ditubuhkan khusus untuk membantu rakyat Palestin di mana aktiviti-activiti kemnusiaan menjadi teras matlamat pertubuhun ini, yang jelas sekali untuk meringankan kesengsaraan rakyat Palestin.






Namun, bagaimanakah umat Islam di Malaysia melihat isu palestin? Isu pertelingkahan dalam kalangan rakyat Palestin sesama sendiri menyebabkan kita muak memikirkan nasib saudara seagama kita. Apa, adakah itu boleh dijadikan alasan untuk kita terus berdiam, sebagaimana dunia ini diam. Tidak sama sekali, isu seperti ini perlu dilihat dari sudut pandangan yang berbeza. Konteks orang Islam sesama orang Islam perlu diterapkan dalam pemikiran kita, sebagai mana hadis Rasulullah SAW:
“Perumpamaan orang mukmin sesama mereka seperti jasad yang satu, sekiranya satu anggota merasa sakit maka seluruh anggota akan merasa sakit dan lemah”

“ dan barangsiapa yang tidak mengambil berat terhadap nasib umat Islam walaupun apa bangsa, warna kulit dan kedudukan maka bukanlah dikalangan mereka”
Maka di atas asas inilah kita melihat krisis di Palestin, kita perlu peka, bukan memekakkan telinga ini. Asas di mana, kita ini saudara seagama, satu jasad, satu masyarakat, satu ummah, perlu dicurahkan dalam aliran saraf-saraf agar sebati dengan jasad yang dipinjamkan ini. Alhamdulillah, bumi Malaysia masih aman, namun kita jangan alpa dan leka akan kisah Palestin yang kini bagai telur dihujung tanduk, yang hanya menunggu dilanyak habis tentera-tentera Yahudi.


-iluvislam.com-

Read more...

Saturday 22 May 2010

Remaja Berakhlak di Bawah Panji-Panji Nabi Yusuf as.

Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran. Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang segar bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat.

Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui pelbagai konsert yang mendorong mereka menjadikan artis sebagai sanjungan dan ikutan, bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, bahkan menyebabkan mereka menganggap maruah dan kehormatan seolah-olah tidak bernilai. Dengan mudah mereka menyerah kepada seseorang lantaran runtunan hawa hafsu.

Budaya barat bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah menjadikan remaja sebagai sasarannya. Dalam suasana yg begitu onar, mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiah islam, mendampingkan diri dengan kelompok yang berpegang teguh dengan ajaran islam. Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada ancaman pengaruh mungkar.

Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja mukmin dan berakhlak mulia, lebih-lebih lagi dalam suasana negara dan pemerintahannya mengabaikan peraturan Allah SWT. Dengan pengaruh persekitaran yang lebih menjerumus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik dan hidayah Allah SWT serta asuhan dan bimbingan daripada ibu bapa yang berpegang teguh dengan hukum Allah SWT sahaja akan selamat daripada segala bencana itu.
Hanya golongan remaja yang memiliki benteng pertahanan iman, serta berakhlak yang mulia, merupakan golongan yang telah berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi. Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Oleh sebab itulah apabila mereka tiba di padang Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan daripada para malaikat. Malah kehadirannya akan disambut oleh Allah SWT dengan ucapan "selamat datang wahai para remaja yang baik".

Demikianlah penghargaan dan balasan Allah SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela di sekitar mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, mereka akan mendapat keseronokan yang abadi di Akhirat kelak.

Setelah Allah SWT mengucapkan selamat datang kepada para remaja yang berakhlak mulia itu, lalu diperintahkan para malaikat supaya menempatkan para remaja itu di sebelah kanan. Untuk mereka, disediakan bendera berwarna hijau, lalu Allah Taala menyeru Nabi Yusuf AS untuk menerima bendera tersebut bagi mengetuai para belia yang mukmin, berakhlak, sabar dan mempunyai ilmu pengetahuan. Nabi Yusuf terpilih menjadi ketua para belia yg baik budi pekerti kerana Baginda adalah seorang Nabi yg sangat kacak dan tampan.

Ketampanannya menggoda ramai wanita, hingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun, Nabi Yusuf berjaya mengatasi semua halangan dan godaan itu. Ulamak tafsir menyifatkan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini hanyalah separuh daripadanya ada pada Nabi Yusuf AS. Dalam Al-Quran terdapat satu surah khas yang bernama "Surah Yusuf", yang bukan sahaja menceritakan paras rupa Nabi Yusuf yang tampan dan menawan, tetapi juga menceritakan segala kebaikan dan kelebihan Baginda. Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang Nabi yang termasyhur, iaitu Nabi Yusuf AS.

Bersesuaian dengan ketabahan dan kekuatan hati Baginda yang berjaya menghadapi fitnah wanita. Maka demikian jugalah para remaja yang berjaya menghadapi segola godaan dan cubaan alam remaja, maka mereka akan bersama-sama Nabi Yusuf di bawah panji-panji hijau di Akhirat kelak. Setelah itu, Allah SWT memuliakan orang-orang yang menjalinkan hubungan baik sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT. Mereka berkawan bukan kerana wang ringgit yang selalu diterima atau kerana pertolongannya semasa mendapat kesusahan, tetapi hubungan baiknya hanya atas dorongan hati yang ikhlas. Justeru, mereka mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT kerana sifat yang terpuji itu. Sifat kasih mesra sesama insan itu merupakan benteng penghalang daripada segala persengketaan dan pemusuhan.


*dipetik daripada buku "Nota Kepada Diri" karya Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat


Read more...

Friday 21 May 2010

PERJALANAN INI

Semalam yang berlalu,
Seakan ada yang ingin kutinggalkan,
Kelukaan, kesedihan dan kepedihan,
Kugumpal menjadi satu,
Kualirkan bersama waktu yang berlalu.

Pergilah,
Jangan lagi pernah kalian hadir,
Mengocak tenangnya damai kalbu.

Tuhan,
Berikan kami bahagia,
Berikan cerita gembira,
Tenang jiwa dalam pelukan kasihMu,
Dijalan penuh berliku.

Mohon wahai tuhan,
Luruskan langkah kami,
Agar teguh menapak,
Kukuh berlari,
Meredah onak berduri,
Tanpa peduli,
Perjalanan ini.

Berikan kami cahayaMu,
Mohon kami pimpinanMu.


Read more...

Most Read Posts

Followers

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!