Wednesday 28 December 2011

Syurga Ilahi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang..


Syurga memiliki tingkatan-tingkatan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:


”(Kedudukan) mereka itu bertingkat-tingkat di sisi Allah, dan Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.” (Surah Ali-Imran:163)
"Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Rabbnya dan ampunan serta rejeki (nikmat) yang mulia.” (Surah Al-Anfal:4).


8 Tingkatan Surga


Syurga biasanya disebut dengan Jannah, dan inilah nama yang digunakan untuk menyebut tempat ini dan segala yang terdapat di dalamnya berupa kenikmatan, kelazatan, kemewahan, dan kebahagiaan. Nama-nama lain bagi Syurga di antaranya:


1. Darus Salam


Sebagaimana firman Allah SWT, ertinya:
“Bagi mereka (disediakan) Darussalam (surga) pada sisi Rabbnya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal sholeh yang selalu mereka kerjakan.” (QS. 6:127)


Syurga adalah Darussalam (negri keselamatan) dari segala musibah, kecelakaan, dan segala hal yang tidak disukai, dan ia merupakan negeri Allah SWT, diambil dari nama Allah “as-Salam”. Allah SWT pun mengucapkan salam kepada mereka:
“Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta. (Kepada mereka dikatakan), “Salam”, sebagai ucapan selamat dari Rabb Yang Maha Penyayang.” (QS. 36:57-58)


2. Jannatu ‘adn


Sebagaimana firman Allah SWT, ertinya:
(Yaitu) surga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang sholeh dari bapa-bapanya, istri-istrinya, dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu, (sambil mengucapkan), “Salamun ‘alaikum bima shabartum”. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (Surah Ar-Rad :23-24)


3. Jannatul Khuld


Bermaksud kekal kerana penduduknya kekal di dalamnya dan tidak akan berpindah ke alam (tempat) lain. Allah SWT berfirman, ertinya:
”Katakanlah, “Apakah (azab) yang demikian itu yang baik, atau surga yang kekal yang dijanjikan kepada orang- orang yang bertaqwa?” Surga itu menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka.” (Surah Al-Furqan:15)


4. Darul Muqamah


Sebagaimana firman Allah SWT, ertinya:
“Dan mereka berkata:”Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami.Sesungguhnya Rabb kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu”. 
(Surah Al-Faatir:34-35)


5. Jannatul Ma’wa 


al-Ma’wa ertinya adalah tempat menetap. Disebut demikian kerana syurga merupakan tempat menetapnya orang-orang Mukmin.


6. Jannatun Na’im


Syurga bagi orang yang beriman dan beramal soleh. "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat."
(Surah Luqman:8)


7. Al Muqamul Amin


Syurga bagi orang yang bertaqwa. 
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa"
(Surah Ad-Dukhan:51)


Firman Allah SWT bermaksud:
"Di edarkan kepada mereka piring-pring dan gelas-gelas daripada emas dan didalamnya (syurga) itu apa-apa sahaja yang kamu inginkan dengan nafsu dan indah dipandang mata, dan kamu kekal di dalamnya"
(Surah Az-Zukhruf :71)


"Mereka duduk diatas tilam-tilam yang isinya daripada sutera (dan sedang duduk-duduk itu) mereka dapat memetik buah-buahan syurga kerana dekat (pohonnya)." 
(Surah Ar-Rahman:54)


Sesungguhnya, tiada mata yang pernah melihat keindahannya, tiada kata-kata yang mampu mengungkap keindahannya, malah tiada lukisan pun yang boleh mentafsirkannya. Subhanallah... Syurga Allah itu terlalu indah. Tidakkah kita terpikat dengannya?? atau kita tidak yakin?? atau mungkin ni'mat dunia dirasakan lebih baik dari itu??                       


Kata seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Anas bin Malik r.a.: "Bagaimana kita harus menilai suatu tempat yang dicipta oleh Allah dengan 'Tangan'-Nya sendiri iaitu syurga. bersiaplah  dari sekarang untuk menyaksikannya sendiri, Insya-Allah."


Ayuh kita tingkatkan taqwa dan amal ibadah kita kepada-Nya, mudah-mudahkan kita dapat melihat keindahan Syurga Allah diakhirat kelak.  
Rasulullah SAW bersabda:
"Allah menciptakan 100 rahmat, satu rahmat dibahagikan kepada seluruh isi dunia ini, sedangkan 99 bahagian lagi dibahagikan di akhirat (iaitu di dalam syurga)"
(Riwayat Muslim)


Ketahuilah bahawa kesenangan didalam syurga itu 99 kali ganda berbanding kesenangan di dunia yang sementara ini. Inilah pesona yang mampu membuatkan Mukmin memburu 99 lagi  rahmat yang ada disisi-Nya. Wallahu'alam..


~mujahid91~


Read more...

Tuesday 20 December 2011

Persoalan dan peringatan..

Bismillahirrahmanirrahim..


Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." (Az-Dzariyat:55)


Kepada yg sedia membaca, semoga Allah merahmati kalian.. 

1)PERSOALAN untuk WANITA yg enggan memakai TUDUNG
=SANGGUPKAH kalian sebelum menjadi MAYAT, pesan kpd ahli keluarga kalian, apabila MAYAT kalian dikafan, kafankan saja setakat bahu, tanpa alas utk menutup rambut dan muka kalian agar mayat kalian kelihatan lebih cantik dan menawan di pandangan SYAITAN!

2)PERSOALAN kepada LELAKI yg taksub memakai seluar pendek dan PEREMPUAN yg suka memakai skirt.
=SANGGUPKAH mayat anda hanya di balut dari pangkal peha sehingga ke kepala? maybe mayat anda akan berasa lebih selesa.. tapi INGAT BALASAN yg bakal dterima. 

3)PERSOALAN untuk org yg MALAS MNUNAIKAN SOLAT
=SANGGUPKAH anda tinggalkan pesanan kpd ahli qaryah dan masyarakat setempat, pesan kpd mereka "bila aku MATI, jgnlah kamu solat akan jenazahku, SESUNGGUHNYA aku x suka SOLAT, ataupun, masa anda dlm keranda, anda maklumkan kpd makmum, “rilek dulu, nanti2 la solat”.

4)PERSOALAN untuk org yg x suka mendengar
PERINGATAN
=BERANIKAH kalian pesan kpd ahli kelurga dan sahabat handai sebelum NYAWA anda DISENTAP "selepas jenazah aku ditanam, baliklah kalian, x payah bertalqin, aku x suka mendengar pringatan, aku yakin boleh jawab soalan Munkar dan Nakir

5)PERSOALAN untuk org yg x mahu mmbaca AL-QURAN
=MAMPUKAH anda memesan kpd org yg masih hidup agar tiada dkalangan mreka yg akan membaca ayat2 suci AL-QURAN kpd anda apabila anda sudah menjadi mayat nanti. Dan sekiranya anda minat dan lebih taksub dgn AKEDEMI FANTASIA lebih dari AKEDEMI AL-QURAN semasa di dunia, maka mohonlah kpd mereka agar konsert diadakan dhadapan kubur anda utk mententeramkan mayat anda.

6)PERSOALAN kpd org yg x suka BERMASYARAKAT dan suka memutuskan TALI SILATURRAHIM
=SANGGUPKAH anda meninggalkan pesanan kpd org yg anda kenal "BILA AKU MATI, JGN ADA DKALANGAN KALIAN YG MENGUSIK JENAZAHKU, BIAR AKU MANDI SENDIRI,KAPAN DAN BALUT DIRIKU SNDIRI, SOLAT SENDIRI DAN AKU NAK TANAM DIRI AKU SENDIRI.. 

RENUNGAN UNTUK DIRIKU DAN KALIAN.... "dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi org mukmin." RENUNG2KAN..



~mujahid91~

Read more...

Friday 16 December 2011

Andai Rasulullah Bersama Kita..

Sama-sama kita hayati video ni..semoga cinta kita kpd Nabi SAW semakin bertambah. Selawat & Salam kpd Baginda..



~mujahid91~
Read more...

Friday 9 December 2011

Cinta yang tak masuk akal..

Bismillah..Alhamdulillah.

Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

AYAH: Mana ibumu?
ANAK: Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
AYAH: Masya-Allah!! Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?
ANAK: Tidak!
AYAH: Di mana pula abangmu?
ANAK: Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.
AYAH: (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?
ANAK: Tidak!
AYAH: لا حول ولا قوة إلا بالله ....Kakakmu di mana?
ANAK: Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.
AYAH: Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?
ANAK: Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali! Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!


Firman Allah SWT:

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
(Surah Al-'Asr)

Wallahu’alam..moga mendapat pengajaran.

Silakan SHARE..

~mujahid91~

Read more...

Friday 2 December 2011

Jenayah Zionis ke atas Masjid al-Aqsa..

Pihak Zionis telah bertungkus-lumus untuk me’Yahudi’kan Masjid al-Aqsa sejak dari peristiwa An-Naksah (Malapetaka yang berulang) iaitu peristiwa penjajahan Baitul Maqdis Timur dan Masjid al-Aqsa pada 1967.

Antara jenayah projek peng’Yahudi’an al-Aqsa ialah:
  1. Menghalang umat Islam dari menziarahi masjid ini dan memakmurkannya
  2. Menghalang usaha membaik-pulih Masjid al-Aqsa yang rosak
  3. Merampas Tembok Buraq yang merupakan sebahagian dari al-Aqsa
  4. Mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Masjid al-Aqsa
  5. Siri Pengeboman secara terancang ke atas Masjid al-Aqsa
  6. Siri Pembunuhan umat Islam di Masjid al-Aqsa
  7. Penggalian terowong yang besar lagi panjang di bawah masjid ini
  8. Mengubah identiti Islam dan Arab kepada identiti Yahudi di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa
  9. Pembinaan Sinagog Hover bersebelahan dengan al-Aqsa dll


Lihatlah, sudah terlalu banyak jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Masjid al-Aqsa yang merupakan jantung hati umat Islam. Al-Aqsa adalah qiblat yang pertama umat, masjid yang ke-3 suci serta bumi Isra' dan Mi'raj, Masjid al-Aqsa mesti diselamatkan dari kemusnahan dan kehancuran oleh tangan-tangan pengganas rejim Zionis dan pelampau Yahudi.

Jadi, apa yang telah dan sedang berlaku terhadap Al-Aqsa sehingga hari ini sepatutnya sudah cukup untuk menyedarkan umat Islam dari terus lena dalam buaian mimpi. “Selamatkan Al-Aqsa!!!”

~Editor:mujahid91~

Read more...

Most Read Posts

Followers

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!