Monday 30 August 2010

Peristiwa 17 Ramadhan

Tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah bersamaan hari Jumaat, Allah S.W.T mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kuffar di pekan Badar, 150 km dari Madinah.

Sebaik mendengar rombongan dagang Abu Sufian bergerak dari Mekah menuju arah utara ke Syam dimana sudah pasti rombongan tersebut akan melalui Madinah yang berada di tengah-tengah perjalanan, Rasulullah S.A.W merancang untuk merampas harta dagangan tersebut.Namun, rombongan dagang Abu Sufian seramai 40 orang meluncur laju, berjaya melepasi Madinah dan tiba ke Syam. Rasulullah S.A.W terpaksa pula menunggu mereka pulang melalui Madinah, jaraknya 400 km sebelum tiba ke Mekah di selatan.

Apabila menghampiri Madinah, Abu Sufian dapat merasai bahaya yang menunggu, sedang beliau diiringi oleh hanya 40 orang pedagang, bukan pejuang.Dia meramas tahi-tahi unta yang berdekatan. Ia berisi biji-biji kurma. Pasti ia unta dari tentera perisikan Muhammad S.A.W kerana unta-unta Madinah, sebuah bandar pertanian kurma, memakan buah kurma, sedang unta-unta kabilah lain memakan rumput kering.

Abu Sufian menghubungi pimpinan Quraisy di Mekah untuk meminta pertolongan. Mekah menghantar 1000 tentera. Harapan 313 orang Islam untuk melawan mudah 40 pedagang bersama Abu Sufian meleset.

Tidak semua orang Islam membawa senjata kerana beranggapan mereka hanya akan melawan 40 orang pedagang. Namun,tentera Islam yang serba kekurangan telah mengalahkan tentera Abu Jahal yang tiga kali ganda lebih ramai dan lengkap dengan kelengkapan tentera. Logik akal mungkin tidak dapat menerima bagaimana kumpulan yang lemah, malah tidak makan kerana sedang berpuasa ini boleh mengalahkan musuh mereka.


Kemenangan tentera Islam, selain daripada kebijaksanaan Rasulullah dan para sahabat merancang strategi perang, adalah kerana keyakinan dan iman mereka yang tinggi terhadap Islam dan pertolongan Allah.


Ketika menghampiri perang, Rasulullah telah berdoa kepada Allah sambil bermunajat:
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah-Mu di bumi ini.”

Doa Rasulullah kemudiannya telah dimakbulkan, sebagaimana disebut di dalam Al-Qur'an yang bermaksud:
“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut.” Surah al-Anfal, ayat 9)

Peperangan ini menyaksikan seramai 17 orang tentera Islam syahid manakala 70 orang dari tentera Kuffar terbunuh dan sebahagian dari mereka di tawan.Peristiwa ini bukan sahaja salah satu kisah perjuangan Rasulullah S.A.W, malah ia adalah satu noktah peralihan yang penting dalam sejarah perjuangan Islam. Ia adalah juga tanda jalan dan pengajaran yang penting kepada para pendakwah sepanjang zaman sehingga ke Hari Kebangkitan.

Read more...

Sunday 15 August 2010

Ramadhan & Palestin

Bulan Ramadhan yg dinanti sekalian umat Islam sudah tiba...hari ini adalah hari kelima umat Islam berpuasa. Ada diantara kita sedang bekerja,ada yg sedang membuat persiapan untuk berbuka,ada yg sedang sibuk beribadah, malah ada juga yg sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya!!! Mungkin terlalu awal bagi mereka yg sedang membuat persiapan raya kerana Ramadhan baru saja bermula. Namun itulah 'adat' orang Melayu kita..yg patut dikejar adalah melakukan ibadah sepuas-puasnya dibulan yg mulia ini,tapi 'merayakan' bulan berlapar dahaga yg diutamakan. Bagi yg sedang membuat persiapan untuk berbuka pun tiada bezanya..seolah-olah puasa ini dilakukan hanya suatu adat, bukannya menjadi wasilah untuk manambahkan iman dan taqwa apatah lagi untuk merasai kesengsaraan yg dialami saudara-saudara seakidah kita yg sedang berada di kem-kem pelarian di Gaza, Afghanistan dan lain-lain lagi.

Di Palestin, ramai saudara kita yg sedang kelaparan. Bagi mereka berpuasa dan tidak berpuasa sama sahaja kerana jarang sekali makanan bertamu dihadapan mereka. Walau bagaimanapun, hadirnya bulan Ramadhan merupakan satu rahmat bagi mereka kerana keseronokan berpuasa dan melakukan ibadah sangat dirasai. Oleh kerana itu, Allah S.W.T menambah nikmat kepada mereka dengan rezeki yg mencurah-curah. Banyak NGO-NGO dari serata dunia datang memberi bantuan kemanusian kepada mereka dan ada juga diantara aktivis-aktivis yg menjalani ibadah puasa bersama-sama mereka.

Bagi mereka yg sedang khusyuk beribadah pula, mereka adalah orang-orang yg beruntung. Kedatangan Ramadhan merupakan satu peluang keemasan bagi mereka untuk menambah koleksi pahala. Kelazatan beribadah cukup dirasai tanpa menjadikan lapar dan dahaga sebagai satu alasan untuk melakukan ibadah. Dan mereka inilah yg memperoleh sebenar-benar iman dan taqwa.

Bagaimana pula dengan kita??? Dimanakah dan apakah yg sedang kita lakukan pada waktu ini??? Moga-moga kita tergolong didalam golongan yg 'beruntung'...



Read more...

Wednesday 11 August 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

Alhamdulillah...Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi. Segala puji bagi Allah kerana kita masih lagi diberi peluang oleh-Nya untuk bertemu Ramadhan kali ini..moga2 dengan hadirnya Ramadhan kali ini memberi rahmat dan barakah buat kita. Banyak kelebihan2 dan keistimewaan Bulan Ramadhan, antaranya:

  1. 1)Bulan agung yg dipenuhi dgn pelbagai jenis amal ibadah(puasa, tarawikh, sedekah , qiamullai,tadarus dan sebagainya).
  2. Bulan keampunan, rahmat, keberkatan dan janji pelepasan dari api neraka.
  3. Bulan pembersihan jiwa melalui munajat,doa,taubat dan sebagainya.
  4. Bulan yg di dalamnya ada Lailatul Qadar iaitu malam yg fadhilatnya lebih baik dari 1000 bulan.
  5. Bulan Al-Quranul Karim diturunkan.
  6. Bulan yg dibuka pintu syurga dibuka dan ditutup pintu neraka.
  7. Bulan yg syaitan diikat dan dibelenggu.Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila tiba Bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu” H.R. Bukhari &Muslim.
  8. Bulan pahala dilipatgandakan. Pahala ibadah fardhu digandakan sehingga 700 kali ganda, manakala ibadah sunat pahalanya menyamai pahala ibadah fardhu.



Nabi Saw bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yg terdahulu dan kemudian”. Oleh yg demikian, marilah kita bersama-sama mengambil peluang pada Ramadhan kali ini untuk mempertingkatkan amal ibadah serta jadikanlah Madrasah Ramadhan tahun ini sebagai wasilah untuk memtarbiyah diri kita agar memjadi mukmin dan mukminah yg soleh serta solehah.
RAMADHAN KAREEM...
Read more...

Most Read Posts

Followers

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!