Monday 27 June 2011

Anda Muslim Ekstrimis? Betul ke?

Bismillahirrahmanirrahim..

Sesetengah masyarakat Barat dan juga media hari ini melemparkan pelbagai tuduhan yang tidak berasas kepada kita(Muslim) antaranya seorang ekstrimis (pelampau). “Betulkah anda seorang yang Ekstrim?”, tanya seorang wakil media.
“Ya, saya seorang pelampau. Saya terlampau bersopan santun, saya terlampau pemaaf, saya terlampau jujur, saya terlampau adil.”

Apa salahnya menjadi seorang yang terlampau sopan santun, jujur, pemaaf dan adil? Al-Quran memberitahu kita supaya menjadi seorang yang sangat jujur. Kita tidak boleh menjadi “partly honest” ataupun “separa jujur”. Kita tidak boleh bersikap berat sebelah; Jika dia kawan saya, saya akan bersikap jujur . Tetapi jika dia bukan kawan saya, saya tidak perlu bersikap jujur terhadapnya.


Bolehkah seperti itu? Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya.”


Jadi, apa salahnya menjadi ekstrimis? Tetapi kita perlulah menjadi ekstrimis dalam bidang yang betul. Kita tidak boleh menjadi ekstrimis dalam bidang yang dilarang. Kita tidak boleh menjadi orang yang tidak berhati perut.Kita tidak boleh menjadi pengganas. Inilah yang diperintahkan dalam Al-Quran. Tetapi kita umat Islam sentiasa berdalih, “Ooh, tidak. Saya bukan ekstrimis. Saya bukan terrorist.” Gunakan tohmahan mereka sebagai senjata untuk melawan mereka kembali.   


Dr.Zakir Naik
Media dan Islam 2005


~Editor:mujahid91~

Read more...

Saturday 18 June 2011

Utusan Malaysia Hina Islam

Dewan Ulama PAS Pusat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan segera bertindak serta mendakwa akhbar Umno, Utusan Malaysia yang menghina Islam melalui karikatur bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan 15 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan,  Ustaz Nazmi Nik Din berkata Dewan Ulama melihat tindakan Utusan itu seolah-olah cuba menafikan undang-undang Islam yang ditetapkan oleh Allah SWT.

"Seolah-olah Utusan ingin menggambarkan kepada rakyat umum bahawa arahan Allah supaya mendatangkan syarat 4 orang saksi sepertimana yang terkandung di dalam nas Al-Quran yang jelas sebagai satu perkara yang menzalimi manusia dan merupakan undang-undang yang bodoh," katanya.

Sambil mengutuk tindakan melampau itu, Dewan Ulama PAS juga ujarnya menyeru supaya pihak Utusan terutamanya pelukis dan penerbit karikatur tersebut segera bertaubat kepada Allah terhadap dosa besar yang dilakukannya.

Utusan juga ujarnya perlu meminta maaf bukan sahaja kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam bahkan juga kepada mereka yang bukan beragama Islam kerana jenayah memberikan imej buruk tentang Islam terhadap mereka. 

"Tidak cukup dengan memberi gambaran tentang bahaya Negara Islam kepada bangsa lain sepertimana yang dimainkan akhbar itu sebelum ini, kali ini serangan diteruskan lagi terhadap batang tubuh Islam itu sendiri. 

"Mungkin ini adalah pendekatan serapang dua mata Utusan-Umno iaitu meracuni pemikiran umat Islam dan bukan Islam terhadap impian perjuangan PAS," jelasnya lagi.

Utusan Malaysia pada 15 Mac lalu memaparkan kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.




Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang Islam.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan itu.

Menurut Nazmi, Islam menetapkan syarat itu kerana mahu memberi memastikan hukuman dikenakan kepada mereka yang benar-benar bersalah.

Penggunaan peralatan teknologi moden pula katanya mungkin mendedahkan kepada pemalsuan dan penipuan yang akhirnya bukan sahaja mengaibkan orang lain bahkan menjatuhkan hukuman
kepada orang yang bukan sepatutnya. 

"Adapun sekiranya si pengadu tidak berjaya mendatangkan pembuktian yang kukuh maka di dalam Islam pengadu itu akan terpaksa berhadapan dengan tuduhan qazaf kerana mencemarkan
maruah mereka yang tidak berdosa. 

"Seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya," tegasnya.
Read more...

Monday 13 June 2011

Adakah solat kita diterima Allah??

Bismillah..Alhamdulillah.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.



Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: “10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. 

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." 

Hasan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Renung-renungkanlah...

~Mujahid91~

Read more...

Thursday 2 June 2011

Isyarat Keruntuhan Zionis...

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyya menegaskan bahawa terdapat berita gembira yang membawa isyarat  keruntuhan Zionis semakin dekat.
“Bangsa Palestin memperingati Nakba pada tahun ini denga penuh harapan supaya berkahirnya projek Zionis di Palestin,” kata Ismail Haniyya dalam pidato beliau kepada sekitar 10, 000 ahli jemaah di Masjid al Omari, Gaza City.
Kata beliau, ketika bangsa Palestin sedang memperingati 63 tahun peristiwa yang menimpa mereka (Nakba,) terdapat perubahan jelas yang akan membawa kepada keruntuhan projek Zionis di Palestin serta kemenangan bagi ummat. 3 isyarat runtuhnya Zionis itu adalah
1. Rekonsiliasi
Salah satu perubahan penting yang membawa tanda-tanda keruntuhan Zionis adalah apabila berlangsungnya rekonsiliasi Palestin, sekaligus persetujuan kefahaman Mesir. Kesatuan bangsa Palestin merupakan salah satu dasar penting untuk merealisasikan kemenangan dan kebebasan serta kembalinya pelarian Palestin ke tanah air asal mereka.
2. Revolusi dunia Arab
Perubahan politik serta revolusi yang melanda dunia Arab merupakan strategi terpenting yang akan membawa kepada kehancuran Zionis. Revolusi yang berlaku hari ini lahir daripada kehendak rakyat, satu keinginan sebuah bangsa yang sudah lama terpendam. Hari ini mereka meraih kebebasan untuk mengungkap keinginan tersebut, setelah sebelumnya mereka terkongkong. Revolusi ini tentu akan membawa pengaruh besar terhadap sebahagian besar permasalahan Palestin.
3. Kesedaran bangsa Palestin dan kaum Muslimin
Pemahaman dan kesedaran yang tinggi rakyat Palestin khususnya dan dunia Islam umumnya juga membawa petunjuk akan berakhirnya Zionis. Golongan muda hari ini tidak lupa kepada sejarah dan tanggungjawab mereka, walaupun generasi terdahulu mungkin sudah tiada. Malahan dua kali intifadah sebelum ini telah digerakkan oleh bangsa Palestin yang lahir di bawah penjajahan.
Selain itu, sejumlah gerakan dan perubahan yang terjadi di dunia Arab dan Eropah juga menunjukkan perhatian masyarakat dunia terhadap permasalahan di Palestin semakin tinggi. Sebagai contoh, negara Jerman menolak pendudukan Israel di bumi Palestin dan menyeru kepada penyatuan Palestin.
Semoga kita juga menjadi sebahagian daripada mereka yang meruntuhkan kezaliman Zionis, seterusnya membebaskan bumi Palestin dan Masjid al Aqsa daripada kerakusan mereka.

Haluan Palestin..

~mujahid91~

Read more...

Most Read Posts

Followers

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!