Monday 29 August 2011

Di ambang Syawal..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang.

Subhanallah..pantasnya masa berlalu. Ramadhan kian hampir kepada penghujungnya..bulan yang dipenuhi ganjaran pahala hampir saja berlalu. Bulan pengampunan dan kerahmatan sudah hampir berakhir...Bagaimana kita?? Sudah berjayakah kita mendapat taqwa dan pengampunan dari Allah SWT?? Tepuk dada, tanya iman..


Dari Abu Hurairah r.a katanya bahawa sewaktu Nabi SAW menaiki mimbar Baginda bersadba yang bermaksud: "Amin,amin,amin."
Lalu Baginda SAW ditanya,"Wahai Rasulullah, kenapa engkau melakukan sedemikian?". Baginda menjawab: "Jibril a.s telah berkata kepadaku; 'Alangkah ruginya sesiapa yang memasuki bulan Ramadan tetapi dosanya tidak diampun.' Dan aku berkata: 'Amin'."
(Riwayat Ibnu Khuzaimah)


Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi..ameen.


~Meraikan 'Idulfitri~


Firman Allah SWT yang bermaksud:
"...dan cukupkanlah bilangan puasa kamu, dan bertakbirlah membesarkan Allah diatas pentunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, moga-moga kamu bersyukur."
(Al-Baqarah:185)


Ketika ini sudah pasti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk menyambut hari raya aidilfitri..ada yang sibuk membakar lemang, membuat ketupat dan rendang, menghias rumah dan sebagainya.
Manakala, ada sebahagian daripada kita juga sedang bersungguh-sungguh melakukan ibadah terakhir sebelum Ramadan melabuhkan tirainya beberapa ketika lagi..Bagi yang sedang membuat persiapan raya, janganlah lupa daripada mengingati dan membesarkan Allah SWT sebagai tanda syukur kita setelah berjaya melaksanakan ibadah puasa selama sebulan. 


Dari Abu Umamah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang berpuasa:
"Barangsiapa yang mengerjakan ibadah pada malam hari raya ('Idulfitri dan 'Iduladha), dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, nescaya hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana mati hati (orang Kafir dan ingkar) pada hari itu."
(Riwayat Ibnu Majah)


Mari kita sama-sama menghidupkan malam hari raya dengan ibadah-ibadah sunat serta bertakbir membesarkan Allah SWT. Mudah-mudahan puasa kita diberkati dan diterima-Nya. Tangisilah pemergian Ramadhan kali ini dan berdoalah agar kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan dengan yang akan datang...Wallahu'alam.


.:Tinta Mujahid91:.
Read more...

Saturday 20 August 2011

Searching for Lailatulqadr..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Pengampun dan Penyayang...

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar; Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?;Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.; Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
(AL-QADR:1-5)


Aisyah r.ha berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk 10 terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal Ibadah, menghidupkan malam(dengan amal ibadah) dan mengejutkan ahli keluarga."  (Riwayat Bukhari)

 'Aisyah berkata lagi:
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِأَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَاقَالَ قولي
Mafhumnya: "Saya pernah bertanya: Wahai Rasulullah, sekiranya saya berada pada malam al-Qadar, apakah yang patut saya ucapkan." Nabi SAW bersabda: Ucapkan:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Mafhumnya: "Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah tuhan yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau suka memberi kemaafan, oleh itu berikanlah kemaafan kepadaku." 
(Hadis Hasan Sahih at-Tarmizi)


Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, 'Abdur Razzaq memberitahukan kepada kami, Ma'mar memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Az-Zuhri dari Sa'id bin Al-Musayyab dari Abu Hurairah dan 'Urwah dari 'Aisyah r.ha."Bahawasanya Nabi s.a.w. biasa beri'tikaf pada sepuluh yang akhir dalam bulan Ramadan sampai Allah mengambil nyawanya." (Hadis Sunan At-Tarmizi Jilid 2. Hadis Nombor 0787.)


Ayuh kita tingkatkan amal ibadah kita sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan ini...dan jangan lupa untuk mengajak ahli keluarga kita sama-sama berqiamullail. Mudah-mudahan kita bertemu dengan Lailatul Qadar (malam kemuliaan) yang dijanjikan Allah SWT..Ameen.  

~Mujahid91~

Read more...

Wednesday 17 August 2011

Tentera Badar

Bismillah..Alhamdulillah.
Pada bulan Ramadhan tahun kedua hijrah, tentera Badar pernah menjawab pertanyaan Nabi: "Apakah kita akan menuju tentera Quraisy?". Maka dijawab Abu Bakar dan kelompok Muhajirin dengan jawapan terbaik. Rasulullah tetap mengulang: "Berikanku pendapatmu."

Lantas Sa'ad b Mu'adh menjawab: "Harapnya kau memaksudkan kami, Ya Rasulullah. Demi yang mengirimmu dengan kebenaran, jika kamu membawa kami dan mengharungi laut, kami akan mengharungi bersamamu. Tiada dari kami yang akan tinggal, dan kami tidak benci untuk kamu membawa kami memerangi musuh kita besok. Kami sabar dalam perang, dan kami ikhlas memerangi musuh. Semoga Allah akan menunjukkanmu dari kami, dengan keberkatan dari Allah."

Pergilah kamu dan Tuhanmu berperang
Berkata Miqdad (sahabat Rasul sebelum Perang Badar) kepada Rasulullah s. a. w: "Wahai Rasulullah! Kami tidak akan tinggal di sini sebagaimana dicakapkan oleh Bani Israel kepada Nabi Musa: 'Pergilah kamu dan Tuhan kamu dan berperanglah. Kami akan duduk di sini sahaja.' Tetapi kami akan berkata : "pergilah kamu dan Tuhanmu dan berperanglah, dan kami akan bersamamu memerangi mereka.' "
Demikian sirah yang berlaku ketika Perang Badar..Apa yang perlu dilihat di sini ialah bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat memiliki semangat yang tinggi untuk berperang di jalan Allah meskipun dalam keadaan berpuasa...kita pula bagaimana? Ada sesetengah daripada kita sering menjadikan 'puasa' sebagai alasan tidak produktif dalam bekerja mahupun belajar. Jadi, ubahlah sikap kita dengan melihat bagaimana kuatnya fizikal dan mental nabi dan para sahabat ketika di bulan Ramadan. Selamat belajar, selamat bekerja dan selamat menjalani ibadah puasa!!


~tinta Mujahid91~

Read more...

Saturday 13 August 2011

Menuju Kesempurnaan Puasa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Bahawasanya Imam Al-Ghazali Rahimahullah telah menggariskan "kewajipan-kewajipan batiniyyah puasa" yakni seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata riak.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengari. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran sesuatu seperti itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
Ayuh sempurnakan puasakan kita. Moga-moga Madarasah Ramadhan kali ini menjadi medan terbaik buat kita untuk menjadi orang lebih berdisiplin dalam kehidupan...Wallua'lam.

~Tinta Mujahid91~

Read more...

Friday 5 August 2011

Ibadah atau sekadar adat??

Bismillah..Alhamdulillah.

Bercakap tentang puasa dan Ramadan, banyak perkara yang kadangkala kita terlepas pandang dan ada juga yang perlu diperbetulkan. Antaranya:

§  Berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi perbuatan mengumpat, berdusta, berkata kesat tetap dilakukan.

§  Ramadan adalah bulan mendidik nafsu tapi ada juga yang mengikut nafsu. Contohnya, boros berbelanja ketika membeli juadah berbuka sehingga pembaziran berlaku.

§  Ibadah-ibadah sunat seperti solat tarawih, witir dan lain2 dibuat bersunggu-sungguh, tapi solat fardhu pula ditinggalkan.

§  Bila tiba bulan ramadan, barulah Al-quran mula dibaca (sendirian atau bertadarus), sedangkan bulan lain tidak membacanya.

§  Mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadan (termasuk meninggalkan amalan takbir malam raya) kerana sibuk dengan urusan lain (buat kuih raya, beli baju raya dan sebagainya).

§  Rajin bersedekah sepanjang bulan Ramadan tapi tidak mengeluarkan zakat (zakat fitrah, harta dan lain2). 

Fikir-fikirkan...Mudah-mudahan amal ibadah kita sepanjang Ramadan kali ini di terima Allah SWT.. Wallahua'lam.

~tinta mujahid91~
Read more...

Most Read Posts

Followers

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!