Tuesday 28 February 2012

Cinta Dunia, Lupa Mati

Bismillah..Alhamdulillah.

Sekadar renungan bersama...
Kebanyakan dari kita hari ini tidak pernah berhenti memikirkan kehidupan, mengira harta kekayaan, memikirkan pangkat dan sebagainya...seolah mereka hidup selama-lamanya. Cuba kita bertanya kepada diri kita, bilakah kali terakhir kita menziarahi kubur?

Cuba fikirkan? Apa yang kita dengar di sana? Adakah penghuninya bersuka ria dan bergelak ketawa? Sudah tentu jawapannya tidak. Semuanya diam membisu...kecuali teriakan dan tangisan mereka yang diazab oleh Munkar dan Nakir.

Pernahkah kita merasakan bahawa kita juga bakal mendaftarkan diri untuk menjadi ‘penghuni kubur’?


Kita sentiasa suka apabila diajak berbicara tentang perkara duniawi, berhibur dan sebagainya. Tetapi, bila diajak berbicara tentang perkara ukhrawi..anda mengatakan bahawa anda sibuk..tiada masa untuknya. Bahkan, segala perkara berkaitan hidup kita disediakan dengan cukup rapi dan teratur. Tetapi apa persediaan kita untuk mati???

Ingatlah, kita bakal di tanya oleh Allah SWT tentang umur kita..“ke mana kita telah habiskan?”... Barangkali, apakah jawapan anda? Tepuk dada,tanya Iman..  

Sedarkah kita bahawa segala kelengkapan jenazah telah siap dibuat untuk kita? Kain kafan, kapur barus, keranda dan batu nisan semuanya telah tersedia buat kita..Hanya menunggu masa sahaja. Jadi, adakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan Izrail??? Dia datang tanpa di undang, tanpa sedar..sedang kita terleka dibuai kemewahan dan keseronokan duniawi. Fikir-fikirkanlah...


Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “Banyak-banyaklah kamu mengingati kejadian yang akan menghancurkan segala kelazatan iaitu maut (mati).” (Hadis riwayat At-Tirmizi) 

~Tinta Mujahid91~

Read more...

Saturday 25 February 2012

Al-Aqsa dlm bahaya!!!

Terkini dari Palestin:-Menurut Aman Palestin (NGO), telah berlaku pertempuran antara rakyat Palestin dan Pasukan IOF(Israeli Occupation Forces) Israel yang cuba menceroboh Al-aqsa sejak kelmarin. Semoga Allah melindungi Al-Aqsa dan kaum muslimin di Palestin..

 Gambaran pertembungan di dalam Masjid Al-Aqsa semalam.

Berpuluh-puluh orang tercedera dalam pertembungan di dalam Masjid Al-Aqsa semalam. Pasukan bersenjata penjajah turut mensasarkan serangan mereka ke atas kereta-kereta ambulans dengan sengaja.

Gambar pasukan Bersenjata Israel IOF

Pemuda-pemuda Palestin tidak berputus asa. Walaupun dihalang masuk melalui pintu Masjid Al-Aqsa, mereka bertindak memanjat masuk melalui tembok Masjid Al-Aqsa untuk menghalau keluar pelampau-pelampau Yahudi.

Seorang lelaki cedera di kepala dalam pertembungan ganas di perkarangan Masjid Al-Aqsa semalam.

Seorang pakcik tua Palestin turut berdiri gagah mempertahankan Masjid Al-Aqsa semalam.

Talaat Ramiah, 25 tahun, syahid pertama dalam mempertahankan Masjid Al-Aqsa hari ini. Beliau telah ditembak dengan peluru hidup di dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Wanita-wanita Palestin tidak berganjak dari tempat mereka dalam mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa. Malu kita umat Islam yang ramai bilangannya dengan wanita-wanita singa ini dalam berjuang untuk kesucian agama Islam.

Titisan darah-darah Syuhada...


~By Mujahid91~

Read more...

Wednesday 22 February 2012

Sayyid Qutb: Dipenjara kerana berjuang..

Nama penuh beliau ialah Sayyid Qutb Ibrahim As-Syazili. Di lahirkan pada 9 Oktober 1906M bersamaan 21Rejab 1324H di Asyut iaitu antara desa bandar terbesar di Mesir. Beliau telah menghafaz al-Quran dan menamatkan hafazan 30 juzuk pada usia 10 tahun.
Bapanya Qutb Ibrahim seorang pencinta al-Quran dan sangat tegas dalam urusan mendidik anak-anaknya dengan sahsiah Islam. Beliau juga memberi perhatian langsung terhadap pembelajaran anak-anaknya terutama Sayyid Qutb. Sayyid Qutb bukan sahaja mempunyai seorang ayah yang cakna terhadap agama bahkan memiliki seorang ibu yang juga sangat mencintai al-Quran dan membudaya-kannya dalam kehidupan.
Sayyid Qutb merupakan seorang yang genius serta memiliki bakat dan kecenderungan besar dalam bidang sastera dan penulisan. Karyanya dalam pelbagai genre seperti puisi, sajak, cerita telah diterbitkan dalam pelbagai penerbitan malah sebelum menggabungkan diri beliau dengan Ikhwanul Muslimin, beliau lebih dikenali dalam masyarakat Mesir sebagai seorang sasterawan. Beliau disifatkan oleh kebanyakan penggiat seni tanah air Mesir sebagai seorang penulis, sasterawan dan pemikir Islam yang ulung ketika itu.


MEMULAKAN KERJAYA DALAM BIDANG PENULISAN


Setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana di Fakulti Darul Uloom, Universiti Kaherah pada 1933,Sayyid Qutb ditawarkan menjadi pensyarah disitu dengan bayaran gaji sebanyak enam pound Mesir (RM 6) sebulan.  
 Pada awal 40-an, beliau ditugaskan menjadi pemantau dalam pembelajaran subjek ‘kesusasteraan Arab’ di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran, di situlah timbul minat mendalam untuk beliau menulis mengenai subjek dan berjaya menghasilkan sebuah buku yang bertajuk ‘Kutb wa as-Syahsiyyat’ (buku-buku dan tokoh ternama). Kemudian beliau menghasilkan pula buku ‘at-Taswir al-Fanni fi al-Quran’ dan kitab tafsir yang terkenal sehingga ke hari ini iaitu ‘Tasfir fi zillalil-Quran’.



PENGLIBATAN DALAM IKHWANUL MUSLIMIN

Kecenderungan kepada Ikhwanul Muslimin mula berputik sewaktu beliau sedang menyambung pelajaran di Amerika. Semasa kematian Imam Hasan Al-Banna, rakyat Amerika menyambutnya secara besar-besaran. Beliau berasa hairan bagaimana kematian Imam Hasan di Mesir tetapi di sambut besar-besaran di Amerika. Di situlah beliau mula menyelami serta mendekatkan diri dengan perjuangan Imam Hasan dan gerakan dakwahnya Ikhwanul Muslimin.
Sejak itu, Sayyid Qutb semakin memahami bahawa Ikhwan Muslimin merupakan gerakan dakwah yang bukan sahaja mampu membetulkan fikrah pemerintah dan rakyat malah mampu membentuk peribadi mulia dalam kalangan umat Islam dengan jiwa yang tunduk kepada perintah Allah SWT.
Setelah pulang dari Amerika, cintanya terhadap perjuangan Islam yang dibawa Ikhwan Muslimin semakin menebal. Beliau tidak menyedari bahawa perjuangan itu sebenarnya telah bermula sejak di universiti lagi. Hal ini terjadi pada 1952 ketika Mesir berhadapan dengan satu revolusi yang dicetuskan oleh Ikhwan Muslimin tetapi ia tidak berjaya.
Sayyid Qutb sebagai seorang anggota Ikhwan, telah menulis beberapa buku berkaitan dengan Islam selepas berakhir perang Dunia ke-2. Antaranya buku yang ditulis beliau mengenai  ‘Keadilan sosial dalam Islam’ dan telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat sehingga diulang cetak beberapa kali.


DIPENJARA DAN DIGANTUNG SAMPAI MATI


Pada tahun 1954, pihak berkuasa mengeluarkan arahan untuk melakukan tangkapan besar-besaran tehadap anggota Ikhwan Muslimin. Salah seorang daripadanya ialah Sayyid Qutb dan beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Namun pada tahun 1964, Sayyid Qutb dibebaskan atas permintaan mantan Presiden Iraq ketika itu, Jeneral Abdel Salam Aref.
Selepas lapan bulan di luar penjara, beliau dan tujuh anggota Ikhwan yang lain telah djiatuhkan hukuman gantung sampai mati  di sebuah tempat yang tidak diketahui sesiapa kerana dituduh menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan Presiden Jamal Abdel Naseer.
Sebelum menjalani hukuman, Sayyid Qutb ada menyebut, bahawa beliau bermimpi bertemu Rasulullah SAW pada malam sebelum digantung itu. Beliau bermimpi Rasulullah SAW bersalam dengannya dan mengatakan bahawa beliau telah mendapat kematian sebagai syahid dijalan Allah. 
Inilah satu qudwah terbaik yang telah ditinggalkan kepada para pendukung  gerakan Islam dari sudut kekentalan dalam berdakwah disamping meninggalkan karya-karya yang agung dalam bidang sastera. Semoga Allah SWT merahmati beliau..ameen.


~mujahid91~

Read more...

Monday 13 February 2012

Just Say NO to Valentine!!!

Bismillah...Alhamdulillah.

Fenomena sebahagian remaja hari ini yang menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan ditunggu-tunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT. Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi
 “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.

Berdasarkan kepada pandangan sebahagian besar tokoh-tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama umatnya. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah SAW. Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi yang dinamakan sebagai perkahwinan. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun. Ingatlah bahawa kasih sayang yang utama adalah hanya kepada Allah SWT, rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya. Kasih sayang berlandaskan keimanan akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan pencipta-Nya sehingga sanggup berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu jahat.

Firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 207 yang bermaksud:

 “ Dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.”

Oleh itu selaku Muslim yang bertanggungjawab, ayuh sahabat2 kita sama berpesan kepada rakan2 kita, ahli keluarga kita dan seluruh masyarakat Islam tentang haramnya Sambutan Hari Valentine. Semoga dengan usaha kita yang sedikit ini dapat menyelamatkan akidah umat Islam dan sekaligus menegakkan amar maa’ruf dan nahi mungkar dalam kalangan umat Islam kita hari ini. Wallahua’lam...



~editor:mujahid91~

Read more...

Cakna Palestin

Amaran Serangan Ke Atas Masjid Aqsa


10 Februari 2012 - Kerajaan Palestin memberi amaran akan berulangnya senario serangan ke atas Masjid Aqsa oleh pelampau Yahudi pada apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, membawa kepada permulaan Intifada Aqsa pada tahun 2000.


Jurucakap kerajaan Palestin, Taher al-Nunu memberitahu semalam, 9 Feb, bahawa niat ahli-ahli yang Likud untuk menggempur al-Aqsa Ahad akan datang ini ertinya kempen ulangan Sharon mengisytiharkan perang ke atas Al-Aqsa.
Taher berkata demikian semasa mengiringi Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh dalam lawatan kerja kali ke-2 bersama negara-negara Arab dan Teluk, mengulangi amaran tersebut dan meminta negara-negara Arab untuk memikul tanggungjawab menyelamatkan Masjid Al-Aqsa.


Ahli-ahli parti Likud, puak pelampau dan pengganas Yahudi, telah mengisytiharkan niat mereka untuk menggempur Masjid Al Aqsa pada hari Ahad 12 Februari, untuk meniupkan semangat membina kuil di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa, didalam laman sesawang mereka.


Gaza Akan Bergelap Dalam Masa 72 Jam


Jabatan Loji Janakuasa Gaza memberitahu bahawa bandar Gaza akan bergelap dalam masa 72 jam lagi jika jabatan itu tidak dibekalkan dengan bahan api untuk mengendalikan stesen, demikian dinyatakan oleh Menteri Tenaga, Kanaan Obeid dalam satu kenyataan media pada Khamis lepas.


Obeid menjelaskan bahawa pihaknya telah meminta bantuan kecemasan kepada negara-negara Arab dan Islam untuk campur tangan segera untuk menyelesaikan krisis tersebut.


Penduduk Gaza sentiasa hidup dalam keadaan bising bunyi penjana kuasa eletrik, sentiasa terputus bekalan eletrik selama berjam-jam sehinggalah kepada 10 jam sehari di bawah suhu rendah dan keperluan rakyat Palestin untuk menggunakan pemanas. 

Ayuh kita doakan keselamatan saudara2 kita di Palestin..


amanpalestin.net
~mujahid91~

Read more...

Thursday 2 February 2012

Mengejar pengiktirafan Allah atau manusia?

Bismillah..Alhamdulillah.

Apa khabar iman kita hari ini??

Ana ingin bertanya sesuatu kepada sahabat2..Perasan tak apabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti ada yang mengatakan,
" Wah! Bagusnya awak."
" Awak memang baik. Jarang nak jumpa orang macam awak ni.."
" Hebatnya!"
Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan kepada kita. Lantas kita menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan tersebut. Kita merasakan ada nilai akan kebaikan yang kita lakukan itu pada pandangan mata manusia. Namun, bagaimana pula keadaannya apabila ada yang mengatakan,
"Eleh, tu nak tunjuk baik la tu."
"Buang masa awak saja buat macam tu.."
"Tak payahlah buat macam tu lagi lain kali.."

Maka, apakah kesannya kepada kita? Adakah kita akan terus melakukan kebaikan tersebut atau kita akan meninggalkannya? Kesan yang berlaku ke atas kita hasil daripada respon positif dan negatif orang lain inilah yang menjadi indikator sama ada kita ikhlas atau tidak dalam beramal.
Sesungguhnya, nilai sesebuah amal itu tidak dapat ditentukan hanya berdasarkan kepada pujian manusia sahaja. Sebenarnya, apa yang lebih penting adalah nilai yang Allah gariskan dalam Al-Quran atau yang ditekankan oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda. Apabila telah ada saranan untuk melakukan sesebuah amal daripada Allah dan Rasul-Nya, maka ia tetap mempunyai nilai  meskipun ada manusia yang mengeji amalan itu. Dalam erti kata lain, orang yang ikhlas tidak akan berganjak sedikitpun daripada sebuah amal yang baik, bahkan dia tetap istiqamah dengan kebaikan yang dilakukan itu. “Tidak bertambah kerana pujian, atau berkurang kerana kejian.”
Wallahu’alam..Renungkan bersama.
 ~mujahid91~

Read more...

Most Read Posts

Followers

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!