Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185
KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari.
KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian serta kegagalan mereka dalam menguruskan amanah yang telah diberi kepada mereka.
KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.
Sumber: tinta_mujahid
Read more...
Wednesday, 13 October 2010
Pertanyaan Imam Ghazali Kepada Anak Muridnya
Labels:
Santapan Rohani
Monday, 11 October 2010
Menuju Kampung Akhirat...
Darjatmu di dunia ini
Suatu hari nanti kamu
Tetap akan kembali ke perut bumi
Walau bagaimana kamu bermegah
Melakukan maksiat di muka bumi ini
Kamu tetap akan diazab
Dalam perut bumi
Walau banyak mana pun ketawamu
Di muka bumi ini
Suatu hari nanti
Kamu pasti menangis di perut bumi
Walau bagaimana kamu bermegah
Dengan memakan dan minum minuman haram
Suatu hari nanti tubuhmu,
Akan menjadi makanan ulat
Yg ada dalam perut bumi
Walau sebanyak mana pun harta
Yang kamu kumpulkan di muka bumi ini
Suatu hari akan musnah jua
Hartamu itu
Hinggalah kamu masuk ke perut bumi
Walau banyak mana kamu
Gunakan cahaya di muka bumi ini
Suatu hari nanti kamu
Tetap akan hidup dalam gelap gelita
Di dalam perut bumi
Walau bagaimana kamu berlagak
Dan bertakabur di atas muka bumi ini
Suatu hari nanti kamu tetap akan dihina
Dalam perut bumi
Walau banyak mana sekalipun
Sahabatmu di atas muka bumi ini
Suatu hari nanti kamu tetap keseorangan
Dalam perut bumi
Petikan kata daripada buku 40 hadis..
Read more...
Labels:
Madah Mutiara
Tuesday, 5 October 2010
Please Wake Up!!!
Allah mengingatkan kita supaya sentiasa memohon jalan lurus, menjauhkan dari jalan murka dan sesat. Allah juga mengingatkan kita tentang agenda musuh Islam sepanjang zaman. Mereka tidak akan redha dengan kita selagi kita tidak mangikuti mereka. Firman Allah S.W.T.,"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka..."(al-baqarah:120). Dalam keghairahan ramai yang menonton bolasepak Piala Dunia, mungkin tidak ramai yang sedar tentang kewujudan simbol-simbol musuh Islam pada bola atau iklannya. Demikian juga dalam program AJL 24 yang lepas. Illuminati dan Freemason sebenarnya sentiasa membayangi kita. Ini kerana mereka mempunyai suatu agenda rahsia yg tidak ramai menyedarinya iaitu 'Penguasaan Minda'....


2012 = 2102 = ZION = ZION + IS + REAL = ZIONIS ISRAEL. Serangan ke atas Freedom Flotilla adalah ‘presented’ plan proksi Dajjal utk memerintah dunia, berpindah dr AS ke Israel sebagaimana pandangan Shekh Imron Hussein. Konspirasi Allah akan musnahkan konspirasi Yahudi.

The Global Voice of the Jewish Community desak Amerika putuskan hubungan dengan Anwar kerana isu APCO. Ini bererti, DSAI perlu ‘bersedia’ dengan risiko nyawa kerana mata-mata Mossad sedang memburu.
Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.
Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.
1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini.



Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?

Adakah ini satu kebetulan?
2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?





Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.








Read more...
1)Konspirasi Dunia: World Cup 2010 dan Olimpik 2012
Jahbulon was a ritual freemasonic god. Jahbulon represents the devil.
World Cup 2010 pujaan dunia bermula 11 Jun lalu. Saya sendiri memiliki pasukan pilihan. Yang penting, dalam keghairahan menonton dan demam bolasepak, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan teman peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat isu-isu ummah turut demam sama kerana bimbang ada agenda ‘turning point’ musuh-musuh Allah khususnya Secret Societies dan The Committee of 300 ketika dunia menumpu pada South Africa.
Horus was a popular Egyptian god who was the son of Osiris and Isis. Osiris and Horus were both solar deities. Osiris was the setting sun, Horus the rising sun. The Pharoah was considered to be an incarnation of Horus (also known as “Amen-Ra,” the sun god). The story of Horus can be found in “The Egyptian Book of the Dead (also known as the “Papyrus of Ani”) written over 3,000 years before the birth of Jesus.

2012 = 2102 = ZION = ZION + IS + REAL = ZIONIS ISRAEL. Serangan ke atas Freedom Flotilla adalah ‘presented’ plan proksi Dajjal utk memerintah dunia, berpindah dr AS ke Israel sebagaimana pandangan Shekh Imron Hussein. Konspirasi Allah akan musnahkan konspirasi Yahudi.

The Global Voice of the Jewish Community desak Amerika putuskan hubungan dengan Anwar kerana isu APCO. Ini bererti, DSAI perlu ‘bersedia’ dengan risiko nyawa kerana mata-mata Mossad sedang memburu.
2)Disebalik Anugerah Juara Lagu 24 dan Isu Masonic
Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.
Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.
1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini.
Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?
2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?
Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..
3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.
Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.
Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.
Ketika persembahan Jeffry Din kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain.
Apa persamaannya?
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.
Lihat di tangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.
Read more...
Labels:
Yahudi Zionis
Saturday, 2 October 2010
Hidupkan Hati Dengan Nur Al-Quran...
Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.
Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.
Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan.
Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.
Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.
Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9
Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:
"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" - Surah Taha, ayat 1-4
Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:
Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).
Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." - Surah al-Isra’, ayat 78
Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:
"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24
Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.
Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.
Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.
Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.
Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.
Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.
Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.
Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.
Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.
Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).
Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.
"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.
"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)
Read more...
Labels:
Santapan Rohani
Subscribe to:
Posts (Atom)
Most Read Posts
-
Sebelum ini kita telah mengetahui serba sedikit perihal Al-Masih Ad-Dajjal Laknatullah yakni berkenaan dengan ciri-ciri Dajjal, tempat tingg...
-
Aisyah r.ha dilahirkan empat tahun sesudah Nabi SAW diutus menjadi Rasul. Semasa kecil dia bermain-main dengan lincah, dan ketika dinikahi R...
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Akhir-akhir ini, semakin ramai yang bercerita tentang Dajjal,iaitu salah satu tanda-tanda besar kiamat yang mana...
-
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN kONSTANTINOPEL Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istan...
-
SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di a...
Followers
Aurat Oh Aurat!!
