Thursday 21 October 2010

FESTIVAL FESYEN ISLAM(IFF) - Hina Maruah Islam...












Apabila melihat pada tajuknya...festival fesyen islam antarabangsa...apa yang terlintas di ruang fikiran kita?

Suatu keadaan di mana sesuatu yang dinamakan pakaian untuk menutup aurat dipertontonkan kepada umat sekaliannya..apa motifnya, mengajar manusia supaya berpakaian menutup aurat...?????

Tapi, kalau kite perhatikan...itu ke yang dipertontonkan sebenarnya? Gaya yang selari dengan kehendak syari'at atau sekadar kesenangan di mata mereka yang tidak menjadikan ayat-ayat daripada surah an-Nisa' pagangan dalam menghasilkan pakaian yang sebenar menurut Islam????

Rasulullah s.a.w menyampaikan wahyu Allah yang berbunyi "Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah aku sempurnakan nikmatku buat kalian dan aku redha Islam sebagai agama kalian..." (surah al-Maidah:3)

Kini, apabila kita menggunakan kalimah 'Islam', apakah sebenarnya kita mengetahui kandungan sebenar syari'at Islam? Dewasa ini, ramai di kalangan kita yang seolah-olah mempergunakan dan memperdagangkan perkataan 'Islam' walaupun pada hakikatnya ia tidak menepati syari'at Islam itu sendiri. Hal ini dapat kita lihat daripada sejauhmanakah 'Islam'nya festival fesyen yang diagung-agungkan...

Pada fikiran saya, ada baiknya dalam melaksankan sesuatu itu perlu ada garis panduan yang memastikan matlamat sebenar tercapai. Seperti mana yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Syah dalam Manikan Kalbu, tidakkah kita juga perlu melakukan perkara yang sama? Bertanya kepada yang lebih arif dan menjadikannya pegangan? Pepatah ada berkata, "Malu bertanya sesat jalan". Oleh yang demikian, adalah sebaiknya kita mula bertanya sebelum melangkah lebih jauh lagi kerana ditakutkan apabila kita melangkah, tidak tentu ke mana...ke utara, selatan, timur atau ke barat..

Mari kita renungkan...Adakahkah fesyen-fesyen ini menjadikan surah an-Nisa' sebagai garis panduannya?

















Syarat 1: Tudung yang dilabuhkan sehingga menutupi dada.
Syarat 2: Pakaian yang longgar dan tidak menampakkan tubuh badan.
Syarat 3: Menutupi Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua belah tapak tangan.

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:"akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian. Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol)Dalam riwayat Bukhari,hadis ini terdapat tambahan yang berbunyi: Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium sedikit pun bau syurga.Sesungguhnya bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang amat jauh sekali."Apa yang dikatakan berpakaian tetapi telanjang itulah dengan memakai pakaian yang ketat dan menampakkan tubuh badan serta memakai pakaian yang longgar tetapi jarang....

PENGHINAAN KE ATAS NABI S.A.W.
Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Tambahan pula, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.
 
Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu. Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada dan kemaluan salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. "Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Bernama.
Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.


ustazah18.blogspot.com
www.harakahdaily.net 

2 comments:

Anonymous said...

ALLAH..
sedih melihat ramai umat Islam yang jahil..

beruntung lah kita kerana tidak termasuk dalam kejahilan itu..

"barangsiapa yang ALLAH mengkehendakinya kebaikan,ALLAH memberi kepadanya kefahaman agama"

allahua'lam

Stucco Contractors Victorville said...

I liked your blog, thanks for sharing this.

Most Read Posts

Followers

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!