Tuesday 18 January 2011

Rahsia Dinar dan Dirham

Bismillah..alhamdulillah.


Apa itu Dinar??? Adakah ia sejenis makanan? Atau seseorang yang bernama Dinar? Mungkin ada yang sudah mengetahui apa itu dinar dan dirham, dan mungkin juga tidak. Dinar adalah matawang Islam berbentuk syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram. Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’- Source Public Dinar .

Sebenarnya, sebelum zaman Rasulullah SAW lagi dinar dan dirham telah digunakan sebagai alat untuk berjual beli. Buktinya seperti dalam kisah pemuda Ashabul Kahfi. Selepas mereka dibangunkan Allah daripada tidur mereka selama 309 tahun, mereka keluar dari gua tersebut dan berjalan menuju ke kota. Mereka kemudiannya singgah di sebuah pasar untuk membeli roti. Jadi mereka meggunakan wang dirham yang mereka miliki untuk membeli roti tersebut. Akan tetapi wang dirham mereka tidak diterima kerana nilainya tidak sama dengan wang dirham baru. Nilai dirham ketika itu adalah lebih 10 kali ganda daripada nilai dirham lama yang mereka miliki sejak 3 abad sebelumnya.
   
Pada awalnya umat Islam menggunakan dinar emas dan dirham perak yang dibuat oleh orang Parsi. Gambarnya seperti di bawah:




Manakala dinar pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam telah ditempa pada zaman Khalifah Uthman R.a. Sejak itu, dinar dan dirham menjadi matawang rasmi kerajaan Islam sehinggalah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Tetapi selepas itu, penggunaan wang kertas telah mengambil alih dinar dan dirham sebagai matawang dunia sehinggalah sekarang. Namun, sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas menjadi alat bagi golongan Kuffar untuk merampas kekayaan umat Islam. Namun pada hakikatnya, ia selalu gagal. Di dalam undang-undang Islam, penggunaan wang kertas yang bersifat “Surat janji hutang” tidak boleh digunakan sebagai medium transaksi. – Source Public Dinar
Kelebihan Dinar Emas:
  • Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri
  • Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar
  • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas.
  • Susah untuk dipalsukan
  • Inflasi kecil (tidak boleh dicipta)
  • Harga Emas MENINGKAT setiap tahun
Di antara kegunaan Dinar Emas ialah:
  • Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan
  • Boleh digunakan untuk membayar zakat
  • Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli
  • Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin
  • Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata





~Editor: mujahid91~

No comments:

Most Read Posts

Followers

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!