KUALA
LUMPUR, 7 Sept: Kerajaan diminta membersihkan imej Mat Indera
daripada dilabel sebagai pengkhianat negara kerana beliau ternyata
seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar. Sehubungan itu, sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula memandangkan sejarah yang ada kini terdapat terlalu banyak penyelewengan dari fakta yang sebenar. Adik kepada Mat Indera, Baharom Shah Indera, 65, berkata, fakta sejarah perjuangan sebenar mengenai abangnya sememangnya terlalu banyak yang diselewengkan dan amat perlu dikaji semula oleh ahli-ahli sejarah.
[Gambar: Baharom Shah (tengah) menunjukkan buku Pengukir Nama
Johor bersama Suhaizan dan Khairul Faizi pada sidang media di Pejabat
Agung PAS.]
Menurut beliau, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan. Katanya, namun abangnya telah dituduh sebagai pengkhianat oleh pihak British ketika menjajah negara kita dulu dan ia perlu dikaji semula bagi membersihkan imej dan nama baik ahli keluarganya. "Dalam hal ini, para pemimpin Umno perlu bersikap jujur terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenar. Ahli-ahli sejarah juga perlu mengkaji semula fakta-fakta sejarah yang telah diselewengkan itu dan jangan hanya sekadar bercakap sahaja. "Bagaimana abang saya boleh dituduh pengkhianat, sedangkan beliaulah yang telah menyelamat salah seorang anggota polis, Yusof Rono dan Jamilah Abu Bakar, anak kepada anggota polis marin di Bukit Kepong," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Selain itu, menurut beliau, terdapat ramai lagi mangsa yang telah diselamatkan oleh abangnya dalam tragedi di Bukit Kepong. "Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, Mat Indera datang lewat ke Bukit Kepong semasa kejadian pada 23 Februari 1950. Beliau datang bukan untuk bertempur sebaliknya datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat," katanya yang berasal dari Bakri, Muar, Johor. Mat Indera, jelas beliau, mendapat ancaman tangkapan daripada penjajah sebelum dari peristiwa Bukit Kepong sehingga ditawarkan sejumlah $25 ribu dan selepas peristiwa Bukit Kepong tawaran telah ditingkatkan sebanyak $75 ribu. Katanya, akhirnya Mat Indera telah ditangkap cara tipu helah di Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat pada tahun 1952 dan beliau ada menziarahi abangnya di lokap Batu Pahat bersama ibu dan neneknya. "Sebelum kejadian Bukit Kepong, abang saya, Johan Shah dan ayah telah dibuang daerah ke Singapura. Ibu, ayah dan nenek telah diseksa oleh polis British. Abang saya telah dihukum gantung sampai mati oleh Kerajaan British di Taiping, Perak," jelasnya. Mat Indera mempunyai 12 orang adik beradik dari satu bapa dan dua ibu. Adik beradiknya dari ibu pertama seramai 8 orang, manakala dari ibu kedua seramai 4 orang. Mat Indera adalah anak kedua dari ibu pertama dan Johan adalah anak bongsu kepada ibu yang sama dengannya, manakala Baharom adalah anak pertama kepada isteri kedua ayahnya. Katanya, kini negara kita telah sekian lama terlepas dari cengkaman penjajahan British tetapi beliau amat kesal Kerajaan BN masih juga belum mengambil sebarang usaha untuk membersihkan imej abangnya. Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan langkah yang diambil oleh pihak PAS untuk membersihkan imej abangnya itu dan juga imej pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air yang lain yang dituduh pengkhianat oleh pihak British, dalam usaha untuk mengkaji semula sejarah kemerdekaan tanah air. "Usaha murni ini amat perlu dilakukan sama oleh Umno dan Kerajaan tanpa mengira ideologi politik kerana ia adalah untuk kepentingan tanah air yang kita cintai," ujar beliau.
Aziz Muda
~harakahdaily.net~
|
Thursday, 8 September 2011
Keluarga tuntut bersihkan nama Mat Indera.
Labels:
Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Most Read Posts
-
Sebelum ini kita telah mengetahui serba sedikit perihal Al-Masih Ad-Dajjal Laknatullah yakni berkenaan dengan ciri-ciri Dajjal, tempat tingg...
-
Aisyah r.ha dilahirkan empat tahun sesudah Nabi SAW diutus menjadi Rasul. Semasa kecil dia bermain-main dengan lincah, dan ketika dinikahi R...
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Akhir-akhir ini, semakin ramai yang bercerita tentang Dajjal,iaitu salah satu tanda-tanda besar kiamat yang mana...
-
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN kONSTANTINOPEL Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istan...
-
SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di a...
1 comment:
share2^^...mat indera bukan komunis..memang kne kaji smula sejarah..
Post a Comment