Thursday, 6 October 2011

Apa sudah jadi dengan remaja Melayu kita?


Bismillah...


Agaknya tidak ramai yang membaca pendedahan fakta amat memalukan berhubung tahap kebobrokan akhlak remaja kini oleh sebuah tabloid harian pada Sabtu, 1 Oktober. Mungkin juga ada di kalangan kita yang terbaca paparan itu,tapi tidak lagi menganggapnya suatu isu yang besar atau mengejutkan. Maka, tidak ada yang peduli meskipun isu tersebut begitu serius dan tidak pula dipanjangkan perbincangan-nya.


Laporan yang dimaksudkan itu mendakwa setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan seks luar nikah. Disebutkan antara faktor utama yang mendorong perbuatan itu ialah perasaan ingin mencuba, terutama akibat langsung daripada menonton video lucah.


Namun fakta lebih mendukacitakan ialah apabila dikatakan kebanyakan remaja yang terbabit adalah para siswazah, tidak terkecuali yang memiliki PhD. Ertinya, ia bukan hanya dilakukan kalangan remaja liar dan tidak berpelajaran, tetapi turut melibatkan mereka yang memiliki pencapaian akademik yang agak memuaskan.


Laporan itu memetik hasil Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010. Ia melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak, terdiri daripada 2,457 orang atau 49 peratus remaja lelaki, manakala 2,559 atau 51 peratus responden adalah perempuan.


Di antara dapatan kajian itu, seramai 2,260 responden mengakui terbabit seks bebas. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah.


“Berdasarkan kaji selidik itu juga, sebanyak 52 peratus (2,608) menyatakan rakan mereka melakukan seks sebelum berkahwin dan 76 peratus (3,812) lagi mempunyai rakan pernah menonton video serta memiliki bahan lucah,” laporan itu memetik kata Ketua Pegawai Operasi IPPBM, Zakariah Md Sam.


Justeru, apa yang anda fikirkan? Adakah anda fikir 10 tahun akan datang, separuh daripada rakyat negara kita berketurunan "luar nikah"? Mungkin saja ia boleh berlaku..(nau'zubillahiminzalik). Oleh itu wahai sahabat, ayuh laksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang dai'e untuk menghalang masalah ini daripada terus membarah dalam masyarakat melayu Islam kita. 


Dalam hal ini, semua pihak ada peranan mereka sendiri, baik dengan kuasa yang ada atau sekadar dengan tutur kata demi mencegah perbuatan yang dimurkai Allah ini. Sesungguhnya, apa yang berlaku ini adalah bala' dari Allah SWT terhadap kelekaan umat Islam dalam mentaati perintah dan larangan Allah SWT. Ya, mungkin juga sudah tiba masanya hukum Allah (hudud) dilaksanakan demi memastikan kemaslahatan umat Islam di negara ini terus terpelihara. Wallahua'lam..






harakahdaily.net
editor: mujahid91

No comments:

Most Read Posts

Followers

Follow by Email

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!