Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang..
Syurga memiliki tingkatan-tingkatan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
”(Kedudukan) mereka itu bertingkat-tingkat di sisi Allah, dan Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.” (Surah Ali-Imran:163)
"Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Rabbnya dan ampunan serta rejeki (nikmat) yang mulia.” (Surah Al-Anfal:4).
8 Tingkatan Surga
Syurga biasanya disebut dengan Jannah, dan inilah nama yang digunakan untuk menyebut tempat ini dan segala yang terdapat di dalamnya berupa kenikmatan, kelazatan, kemewahan, dan kebahagiaan. Nama-nama lain bagi Syurga di antaranya:
1. Darus Salam
Sebagaimana firman Allah SWT, ertinya:
“Bagi mereka (disediakan) Darussalam (surga) pada sisi Rabbnya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal sholeh yang selalu mereka kerjakan.” (QS. 6:127)
Syurga adalah Darussalam (negri keselamatan) dari segala musibah, kecelakaan, dan segala hal yang tidak disukai, dan ia merupakan negeri Allah SWT, diambil dari nama Allah “as-Salam”. Allah SWT pun mengucapkan salam kepada mereka:
“Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta. (Kepada mereka dikatakan), “Salam”, sebagai ucapan selamat dari Rabb Yang Maha Penyayang.” (QS. 36:57-58)
2. Jannatu ‘adn
Sebagaimana firman Allah SWT, ertinya:
(Yaitu) surga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang sholeh dari bapa-bapanya, istri-istrinya, dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu, (sambil mengucapkan), “Salamun ‘alaikum bima shabartum”. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (Surah Ar-Rad :23-24)
3. Jannatul Khuld
Bermaksud kekal kerana penduduknya kekal di dalamnya dan tidak akan berpindah ke alam (tempat) lain. Allah SWT berfirman, ertinya:
”Katakanlah, “Apakah (azab) yang demikian itu yang baik, atau surga yang kekal yang dijanjikan kepada orang- orang yang bertaqwa?” Surga itu menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka.” (Surah Al-Furqan:15)
4. Darul Muqamah
Sebagaimana firman Allah SWT, ertinya:
“Dan mereka berkata:”Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami.Sesungguhnya Rabb kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu”.
(Surah Al-Faatir:34-35)
5. Jannatul Ma’wa
al-Ma’wa ertinya adalah tempat menetap. Disebut demikian kerana syurga merupakan tempat menetapnya orang-orang Mukmin.
6. Jannatun Na’im
Syurga bagi orang yang beriman dan beramal soleh. "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat."
(Surah Luqman:8)
7. Al Muqamul Amin
Syurga bagi orang yang bertaqwa.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa"
(Surah Ad-Dukhan:51)
Firman Allah SWT bermaksud:
"Di edarkan kepada mereka piring-pring dan gelas-gelas daripada emas dan didalamnya (syurga) itu apa-apa sahaja yang kamu inginkan dengan nafsu dan indah dipandang mata, dan kamu kekal di dalamnya"
(Surah Az-Zukhruf :71)
"Mereka duduk diatas tilam-tilam yang isinya daripada sutera (dan sedang duduk-duduk itu) mereka dapat memetik buah-buahan syurga kerana dekat (pohonnya)."
(Surah Ar-Rahman:54)
Sesungguhnya, tiada mata yang pernah melihat keindahannya, tiada kata-kata yang mampu mengungkap keindahannya, malah tiada lukisan pun yang boleh mentafsirkannya. Subhanallah... Syurga Allah itu terlalu indah. Tidakkah kita terpikat dengannya?? atau kita tidak yakin?? atau mungkin ni'mat dunia dirasakan lebih baik dari itu??
Kata seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Anas bin Malik r.a.: "Bagaimana kita harus menilai suatu tempat yang dicipta oleh Allah dengan 'Tangan'-Nya sendiri iaitu syurga. bersiaplah dari sekarang untuk menyaksikannya sendiri, Insya-Allah."
Ayuh kita tingkatkan taqwa dan amal ibadah kita kepada-Nya, mudah-mudahkan kita dapat melihat keindahan Syurga Allah diakhirat kelak.
"Allah menciptakan 100 rahmat, satu rahmat dibahagikan kepada seluruh isi dunia ini, sedangkan 99 bahagian lagi dibahagikan di akhirat (iaitu di dalam syurga)"
(Riwayat Muslim)
Ketahuilah bahawa kesenangan didalam syurga itu 99 kali ganda berbanding kesenangan di dunia yang sementara ini. Inilah pesona yang mampu membuatkan Mukmin memburu 99 lagi rahmat yang ada disisi-Nya. Wallahu'alam..
~mujahid91~
No comments:
Post a Comment