Dengan
Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Insya-Allah
jika dipanjangkan umur oleh Allah SWT, kita bakal menyambut kehadiran Ramadhan
al-Mubarak beberapa hari saja lagi. Sesungguhnya ia adalah bulan yang mulia dan
diberkati Allah.
Maka,
ketika ini ramailah yang sedang membicarakan tentang solat tarawih, Lailatul
qadar, bazar Ramadan dan sebagainya. Bagi kanak-kanak pula, topik utama mereka
tidak lain pasti perihal mercun. Ada juga diantara kita yang sudah mula
merancang menu untuk berbuka puasa nanti. Bahkan ada yang sudah mula membuat
tempahan baju raya dan kuih raya. Masya-Allah..belum lagi tiba bulan Ramadhan,
mereka sudah berfikir tentang hari raya. Padahal mereka yang berjaya
melaksanakan puasa dengan sempurna sahaja layak meraikan hari raya.
Namun
demikian, bagi mereka yang betul-betul cinta akan amal ibadah sudah pasti tidak
sabar menanti kehadiran bulan yang dijanjikan dengan ganjaran pahala yang
berlipat kali ganda oleh Allah SWT. Pastinya mereka telah melakukan persiapan
rapi untuk menggandakan amal ibadah mereka di bulan tersebut.
Ibarat
menyambut kedatangan “tetamu istimewa”.
Itulah
perumpamaan yang sesuai bagi mereka yang merindui kedatangan Ramadhan. Mereka
akan mempersiapkan diri dengan ilmu tentang puasa, menjaga kesihatan dan
pemakanan, dan lain-lain lagi. Manakala di masjid-masjid pula, sudah dirancang
program ‘Ihya Ramadhan bagi memeriahkan lagi kedatangan bulan Ramadhan itu
nanti.
Samalah
seperti orang yang sedang bersedia untuk menyambut kedatangan tetamu ke rumah
mereka. Lebih-lebih lagi, tetamu istimewa seperti anak menantu, orang-orang
kenamaan dan lain-lain. Sudah pasti mereka akan mengemas rumah serta menghiasi
rumah mereka dengan perhiasan yang baru dan cantik . Di samping itu, mereka
juga pasti tidak lupa untuk menyediakan juadah yang istimewa buat tetamu
mereka.
Khatimah.
Disini
saya ingin kongsikan beberapa perkara yang perlu dilakukan sebagai persiapan
menyambut kedatangan Ramadhan. Antaranya:
1.ulangkaji
ilmu berkaitan puasa
2.biasakan
tidur awal dan bangun awal untuk bertahajjud
3.jaga
kesihatan dan pemakanan
4.latih
berpuasa sunat
5.pastikan
puasa qada’ telah disempurnakan
6.banyakkan
membaca quran (latihan untuk bertadarus)
7.mohon
keampunan Allah atas dosa kita yang lalu supaya Allah memudahkan kita untuk
melakukan ibadah pada bulan Ramadhan nanti.
8.
berdoa supaya Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan nanti dan diberi kekuatan
untuk melakukan amal ibadah.
Wallahua’lam...
“Ya
Allah, berkatilah kami di Bulan Syaaban ini dan sampaikanlah kami ke bulan
Ramadhan. Ya Allah, janganlah Kau jadikan kami sebagai hamba Ramadhan, tetapi
jadikanlah kami sebagai hamba-Mu, Wahai Tuhan semesta alam.” Ameen...
~mujahid91~
No comments:
Post a Comment