Monday 30 August 2010

Peristiwa 17 Ramadhan

Tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah bersamaan hari Jumaat, Allah S.W.T mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kuffar di pekan Badar, 150 km dari Madinah.

Sebaik mendengar rombongan dagang Abu Sufian bergerak dari Mekah menuju arah utara ke Syam dimana sudah pasti rombongan tersebut akan melalui Madinah yang berada di tengah-tengah perjalanan, Rasulullah S.A.W merancang untuk merampas harta dagangan tersebut.Namun, rombongan dagang Abu Sufian seramai 40 orang meluncur laju, berjaya melepasi Madinah dan tiba ke Syam. Rasulullah S.A.W terpaksa pula menunggu mereka pulang melalui Madinah, jaraknya 400 km sebelum tiba ke Mekah di selatan.

Apabila menghampiri Madinah, Abu Sufian dapat merasai bahaya yang menunggu, sedang beliau diiringi oleh hanya 40 orang pedagang, bukan pejuang.Dia meramas tahi-tahi unta yang berdekatan. Ia berisi biji-biji kurma. Pasti ia unta dari tentera perisikan Muhammad S.A.W kerana unta-unta Madinah, sebuah bandar pertanian kurma, memakan buah kurma, sedang unta-unta kabilah lain memakan rumput kering.

Abu Sufian menghubungi pimpinan Quraisy di Mekah untuk meminta pertolongan. Mekah menghantar 1000 tentera. Harapan 313 orang Islam untuk melawan mudah 40 pedagang bersama Abu Sufian meleset.

Tidak semua orang Islam membawa senjata kerana beranggapan mereka hanya akan melawan 40 orang pedagang. Namun,tentera Islam yang serba kekurangan telah mengalahkan tentera Abu Jahal yang tiga kali ganda lebih ramai dan lengkap dengan kelengkapan tentera. Logik akal mungkin tidak dapat menerima bagaimana kumpulan yang lemah, malah tidak makan kerana sedang berpuasa ini boleh mengalahkan musuh mereka.


Kemenangan tentera Islam, selain daripada kebijaksanaan Rasulullah dan para sahabat merancang strategi perang, adalah kerana keyakinan dan iman mereka yang tinggi terhadap Islam dan pertolongan Allah.


Ketika menghampiri perang, Rasulullah telah berdoa kepada Allah sambil bermunajat:
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah-Mu di bumi ini.”

Doa Rasulullah kemudiannya telah dimakbulkan, sebagaimana disebut di dalam Al-Qur'an yang bermaksud:
“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut.” Surah al-Anfal, ayat 9)

Peperangan ini menyaksikan seramai 17 orang tentera Islam syahid manakala 70 orang dari tentera Kuffar terbunuh dan sebahagian dari mereka di tawan.Peristiwa ini bukan sahaja salah satu kisah perjuangan Rasulullah S.A.W, malah ia adalah satu noktah peralihan yang penting dalam sejarah perjuangan Islam. Ia adalah juga tanda jalan dan pengajaran yang penting kepada para pendakwah sepanjang zaman sehingga ke Hari Kebangkitan.

No comments:

Most Read Posts

Followers

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!