Sunday 15 August 2010

Ramadhan & Palestin

Bulan Ramadhan yg dinanti sekalian umat Islam sudah tiba...hari ini adalah hari kelima umat Islam berpuasa. Ada diantara kita sedang bekerja,ada yg sedang membuat persiapan untuk berbuka,ada yg sedang sibuk beribadah, malah ada juga yg sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya!!! Mungkin terlalu awal bagi mereka yg sedang membuat persiapan raya kerana Ramadhan baru saja bermula. Namun itulah 'adat' orang Melayu kita..yg patut dikejar adalah melakukan ibadah sepuas-puasnya dibulan yg mulia ini,tapi 'merayakan' bulan berlapar dahaga yg diutamakan. Bagi yg sedang membuat persiapan untuk berbuka pun tiada bezanya..seolah-olah puasa ini dilakukan hanya suatu adat, bukannya menjadi wasilah untuk manambahkan iman dan taqwa apatah lagi untuk merasai kesengsaraan yg dialami saudara-saudara seakidah kita yg sedang berada di kem-kem pelarian di Gaza, Afghanistan dan lain-lain lagi.

Di Palestin, ramai saudara kita yg sedang kelaparan. Bagi mereka berpuasa dan tidak berpuasa sama sahaja kerana jarang sekali makanan bertamu dihadapan mereka. Walau bagaimanapun, hadirnya bulan Ramadhan merupakan satu rahmat bagi mereka kerana keseronokan berpuasa dan melakukan ibadah sangat dirasai. Oleh kerana itu, Allah S.W.T menambah nikmat kepada mereka dengan rezeki yg mencurah-curah. Banyak NGO-NGO dari serata dunia datang memberi bantuan kemanusian kepada mereka dan ada juga diantara aktivis-aktivis yg menjalani ibadah puasa bersama-sama mereka.

Bagi mereka yg sedang khusyuk beribadah pula, mereka adalah orang-orang yg beruntung. Kedatangan Ramadhan merupakan satu peluang keemasan bagi mereka untuk menambah koleksi pahala. Kelazatan beribadah cukup dirasai tanpa menjadikan lapar dan dahaga sebagai satu alasan untuk melakukan ibadah. Dan mereka inilah yg memperoleh sebenar-benar iman dan taqwa.

Bagaimana pula dengan kita??? Dimanakah dan apakah yg sedang kita lakukan pada waktu ini??? Moga-moga kita tergolong didalam golongan yg 'beruntung'...


No comments:

Most Read Posts

Followers

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!