Saturday, 26 March 2011

Halal ke Haram? [1]

Bismillahirrahmanirrahim.

Isu halal dan haram semakin banyak diperkatakan hari ini. Namun, ada juga yang tidak mengambil tahu akan isu ini. Semakin hari semakin banyak produk makanan, minuman, ubat-ubatan, kosmetik dan pakaian yang terjual di pasaran. Tapi, tidak semua produk yang dijual mendapat kelulusan halal dan ada juga produk yang tidak dapat dipastikan kehalalannya. Adakah kita peduli akan perkara ini?






Jadi, apa yang anda fikirkan bila melihat keratan akhbar diatas? Mungkin salah satu persoalan yang bermain difikiran kita ialah kenapa banyak produk-produk yang sumbernya daripada babi? Cuba kita lihat rajah dibawah...


Sekarang anda faham apa maksudnya bukan? Memang makhluk yang diciptakan Allah yang bernama babi ini sememangnya dijadikan oleh Allah sebagai ujian ke atas orang-orang yang beriman untuk melihat sama ada kita mematuhi larangan-Nya atau tidak. Firman Allah SWT  dalam Surah Al-baqarah ayat 173:

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


Begitu juga dengan soal ayam yang diragui sama ada ia disembelih atau tidak. Sebenarnya permintaan ayam terlalu banyak setiap hari. Secara puratanya lebih kurang 1.4 juta ayam sehari disembelih di seluruh negara. Jadi, bagaimana pihak berkuasa seperti JAKIM boleh memantau proses penyembelihan ayam itu secara menyeluruh? Wallahua’lam, fikirlah sendiri. Cuma ambillah sikap berhati-hati dan kalau mahu mengelak dari perkara yang syubhah maka kurangkanlah makan ayam (lebih-lebih lagi peminat KFC)...

Sabda Rasulullah SAW, 
"Sesungguhnya yang halal itu telah nyata, dan haram juga telah nyata, dan di antara keduanya perkara-perkara yang masih diragukan(syubhah), yang kebanyakan orang ramai tiada mengetahui. Orang-orang yang memelihara diri dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara-perkara yang syubhah itu akan tergelincir pula ke dalam perkara yang haram, laksana seorang pengembala yang sedang menggembala di sekitar tempat larangan, akhirnya ia lalai memasuki tempat larangan itu"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

~Tinta Mujahid91~

4 comments:

Anonymous said...

mantap akhi!! teruskan menulis dan menulis.. smoga ISLAM akan ters tersebar dan tersebar.. caiyok! caiyok!
-asyrafsalleh-

Aiman Ibnu Hassan said...

syukran akhi..doakan ana terus istiqamah.

SayaBaik said...

macam mana ye.. kite makan ayam, tapi tak check kehalalan ayam tu. dkira syubhah kah?

Aiman Ibnu Hassan said...

"mencari yg halal fardhu ke atas setiap muslim". So,cubalah sedaya upaya kita utk check kehalalan ayam tu..kalau rasa ragu2, x payah beli. Cthnya, ayam yg d jual kt pasaraya. kite x pasti siapa yg sembelihnya..jd, itu d kira syubhahlah. tapi, kalau kita beli d pasar borong, kita lihat sendiri org yg sembelih ayam tu..so, x de lah rasa syubhah tu. Sentiasalah berhati-hati dgn apa yg kita mkn dan seeloknya tinggalkan yg syubhah...

Most Read Posts

Followers

Follow by Email

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!