Friday 29 April 2011

Apa kata anda?

Bismillah..Alhamdulillah.

Hari ini, masalah islamofobia dalam kalangan masyarakat Barat terutama di Eropah semakin menjadi-jadi. Salah satu kesannya ialah seperti  yang berlaku di beberapa negara Eropah kini antaranya Perancis. Di Perancis, pengharaman hijab telah dilaksanakan dan ia mendapat bantahan keras daripada umat Islam. Sebagai contoh, pembunuhan kejam ke atas seorang Muslimah warga Jerman iaitu Dr. Marwa ....Inilah kesan masalah islamofobia yang menyebabkan umat Islam hari ini trauma dengan sikap sesetengah masyarakat Barat hari ini. Mereka seolah-olah mengatakan bahawa seluruh umat Islam di dunia ini adalah “terrorist” (pengganas). Jika anda dituduh seorang terrorist, apa jawapan anda?


Anda mungkin mempunyai jawapan sendiri untuk menangkis tuduhan tersebut. Tetapi anda juga boleh  mengatakan “Betul..setiap umat islam mestilah menjadi seorang terrorist.” Terrorist secara definisinya ialah, “someone who causes terror”, yang bermaksud “seseorang yang menyebabkan berlakunya ketakutan”.

Sebagai contoh, apabila seorang pencuri melihat polis, dia akan berasa takut. Justeru bagi pencuri itu, polis tersebut adalah seorang terrorist (seseorang yang menyebabkan ketakutan). Maka, dalam konteks ini,setiap kali seorang pencuri atau perogol atau mana-mana individu yang melakukan kejahatan dan maksiat melihat seorang Muslim, dia akan berasa takut.Ya, kita sepatutnya memasukkan rasa takut (khauf) kepada orang yang melakukan kejahatan.

Inilah yang disebut Allah SWT dalam surah Anfal ayat 60 yang bermaksud, Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu...


Namun, pada hari ini perkataan terrorist kebiasaannya dirujuk kepada orang yang melakukan keganasan terhadap orang awam yang tidak bersalah. Akan tetapi dalam konteks ini, tidak ada seorang Muslim pun yang boleh menjadi terrorist terhadap orang lain. Mereka seharusnya menjadi terrorist terhadap orang yang melakukan kekacauan dalam masyarakat sahaja seperti pencuri, pembunuh, perogol dan sebagainya. Justeru itu, barulah keamanan tersebar luas di muka bumi ini. Wallahua’lam..


Dr Zakir Naik (Media dan Islam-2005)
~editor: mujahid91~

No comments:

Most Read Posts

Followers

Aurat Oh Aurat!!

Aurat Oh Aurat!!