Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Pengampun dan Penyayang...
Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar; Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?;Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.; Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
(AL-QADR:1-5)
Aisyah r.ha berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk 10 terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal Ibadah, menghidupkan malam(dengan amal ibadah) dan mengejutkan ahli keluarga." (Riwayat Bukhari)
'Aisyah berkata lagi:
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِأَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَاقَالَ قولي
Mafhumnya: "Saya pernah bertanya: Wahai Rasulullah, sekiranya saya berada pada malam al-Qadar, apakah yang patut saya ucapkan." Nabi SAW bersabda: Ucapkan:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Mafhumnya: "Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah tuhan yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau suka memberi kemaafan, oleh itu berikanlah kemaafan kepadaku."
(Hadis Hasan Sahih at-Tarmizi)
Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, 'Abdur Razzaq memberitahukan kepada kami, Ma'mar memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Az-Zuhri dari Sa'id bin Al-Musayyab dari Abu Hurairah dan 'Urwah dari 'Aisyah r.ha."Bahawasanya Nabi s.a.w. biasa beri'tikaf pada sepuluh yang akhir dalam bulan Ramadan sampai Allah mengambil nyawanya." (Hadis Sunan At-Tarmizi Jilid 2. Hadis Nombor 0787.)
Ayuh kita tingkatkan amal ibadah kita sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan ini...dan jangan lupa untuk mengajak ahli keluarga kita sama-sama berqiamullail. Mudah-mudahan kita bertemu dengan Lailatul Qadar (malam kemuliaan) yang dijanjikan Allah SWT..Ameen.
~Mujahid91~
No comments:
Post a Comment