Bismillahirrahmanirrahim..
Firman Allah SWT yg bermaksud,
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"
(SURAH AL-MULK: AYAT 2)
Berdasarkan ayat diatas, Allah SWT telah menyebut bahawa Dia ingin menguji di antara hamba-Nya siapakah yang “paling baik amalnya”. Persoalannya disini, kenapa Allah menyebut Ahsanu (paling baik amalnya) dan tidak pula Aksaru(paling banyak amalnya)???
Ini membuktikan bahawa Allah SWT tidak memandang akan kuantiti amal kita, tetapi Allah SWT hanya menilai dan memandang akan kualiti atau kesempurnaan amal yang kita lakukan.
Sebagai contoh, ada dua orang sahabat yang bernama Ahmad dan Hasan. Setiap kali hari Jumaat, mereka sentiasa bersedekah. Ahmad seorang yang kaya, telah bersedekah sebanyak RM50, manakala Hasan hanya bersedekah sebanyak RM1 sahaja. Jika dilihat pada sudut nilai, sudah tentu Ahmad lebik baik kerana dia bersedakah dengan nilai yang besar berbanding Hasan. Begitu bukan?
Namun, Ahmad telah bersedekah dengan niat supaya orang melihatnya sebagai seorang yang pemurah, berbeza dengan Hasan yang bersedekah dengan ikhlas sehingga seolah-olah “tangan kirinya tidak tahu akan apa yang diberikan tangan kanannya”. Jadi, sedekah siapa sebenarnya yang paling baik dan dilihat oleh Allah SWT???
Jawapannya, pastinya Hasan kerana walau dia hanya bersedekah dengan nilai yang sedikit tetapi hatinya ikhlas semata-mata mengharap ganjaran dari Allah berbanding Ahmad yang mengharap pujian dari oarang disekelilingnya meskipun nilai sedekahnya besar.
Konklusinya, perbaikilah amal kita serta lakukannya dengan istiqamah walau sedikit kerana yang penting adalah “Ahsanu bukan Aksaru”...Wallahu’alam.
~tinta mujahid91~
No comments:
Post a Comment