Bismillah..Alhamdulillah.
Apa khabar iman kita hari ini??
Ana ingin bertanya sesuatu kepada sahabat2..Perasan tak apabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti ada yang mengatakan,
" Wah! Bagusnya awak."
" Wah! Bagusnya awak."
" Awak memang baik. Jarang nak jumpa orang macam awak ni.."
" Hebatnya!"
Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan kepada kita. Lantas kita menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan tersebut. Kita merasakan ada nilai akan kebaikan yang kita lakukan itu pada pandangan mata manusia. Namun, bagaimana pula keadaannya apabila ada yang mengatakan,
"Eleh, tu nak tunjuk baik la tu."
"Buang masa awak saja buat macam tu.."
"Tak payahlah buat macam tu lagi lain kali.."
Maka, apakah kesannya kepada kita? Adakah kita akan terus melakukan kebaikan tersebut atau kita akan meninggalkannya? Kesan yang berlaku ke atas kita hasil daripada respon positif dan negatif orang lain inilah yang menjadi indikator sama ada kita ikhlas atau tidak dalam beramal.
Sesungguhnya, nilai sesebuah amal itu tidak dapat ditentukan hanya berdasarkan kepada pujian manusia sahaja. Sebenarnya, apa yang lebih penting adalah nilai yang Allah gariskan dalam Al-Quran atau yang ditekankan oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda. Apabila telah ada saranan untuk melakukan sesebuah amal daripada Allah dan Rasul-Nya, maka ia tetap mempunyai nilai meskipun ada manusia yang mengeji amalan itu. Dalam erti kata lain, orang yang ikhlas tidak akan berganjak sedikitpun daripada sebuah amal yang baik, bahkan dia tetap istiqamah dengan kebaikan yang dilakukan itu. “Tidak bertambah kerana pujian, atau berkurang kerana kejian.”
Wallahu’alam..Renungkan bersama.
1 comment:
Katakan Alhamdulillah bila setiap kali kita dipuji,semoga hilang rasa riak dan tinggi diri...kembalikan setiap pujian kepadaNYA....
Post a Comment